Tiada angin tiada ribut, heboh di serata media sosial berhubung seorang pelakon wanita yang hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 April lalu demi menyelesaikan konflik rumah tangga bersama suaminya.

Memetik laporan Harian Metro, sumber memaklumkan pelakon wanita tersebut hadir ke mahkamah dalam diam secara berseorangan dikatakan mempunyai masalah bersama suaminya, yang juga merupakan seorang pelakon.

“Kami sendiri terkejut apabila rumah tangga mereka bergolak sedangkan pada zahirnya nampak seperti pasangan bahagia.

“Apa yang boleh dikatakan, pasangan ini turut berdepan masalah rumah tangga seperti selebriti lain. Ia ujian buat mereka.

Bukan itu sahaja, pada 18 April lalu, aktres wanita tersebut turut hadir ke proses sulh sama dengan pasangan selebriti Syamsul dan Puteri Sarah.

Jelas sumber, kes mahkamah pasangan ini akan dijalankan dalam masa terdekat.

Sekadar info, pelakon yang membina namanya dalam industri seni sejak zaman kanak-kanak ini berkahwin dengan pasangannya pada tahun 2013.

Rumah tangga mereka dikurniakan beberapa cahaya mata.

Aqilah Paharuzi

Recent Posts

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❀❀❀❀

4 hours ago

Meerqeen Akui Pernah Jumpa Sarah Yasmine – “She’s A Fan”, Bukan Kawan”

Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz,…

7 hours ago