[VIDEO] “Asal Buncit Je Orang Ingat Pregnant, Tak Habis Habis Tengok Perut Orang” – Izara Aishah

Pelakon jelita, Izara Aishah meluahkan rasa berang terhadap segelintir pihak yang mendakwa dirirnya sedang berbadan dua.

Individu tersebut bertanya mengenai hal itu menerusi sebuah video siaran langsung di aplikas TikTok.

“Izara pregnant ke? Nampak mengah je tu..,” soal netizen tersebut.

Tidak berdiam diri, Izara tampil membidas komen dengan memberi sedikit teguran.

Menurut ibu anak satu ini, perut buncit tidak semestinya sedang mengandung.

“Gemuk sikit pregnant, buncit sikit pregnant. Alhamdulillah eh kalau pregnant.

“Daripada Izara tak pakai tudung, sampai dah pakai tudung.. Daripada muda sampai ke tua, orang selalu cakap ‘buncit tu, pregnant ke?’

“Hah tak habis-habis tengok perut orang. Tak habis-habis cakap Izara buncit.. Masalah ke?

“Buncit itu sexy,” ujarnya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 750,000 tontonan, 36,000 ribu dan 300 komen.

Aqilah Paharuzi