‘Kes Cerai Tiada Kena Mengena Dengan Maya Karin’ -Nik Nazmi

“ Hormat privasi kami pada waktu ini. Tiada kenyataan lain akan dikeluarkan berkenaan isu ini,” jelas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung dakwaan yang mengaitkan pelakon Maya Karin dengan kes penceraiannya.

Memetik laporan Mstar hari ini, Nik Nazmi tidak akan menjawab soalan susulan berkaitan hal ini lagi.

“ Semuanya dah jelas dalam kenyataan,” katanya berharap semua pihak memahami situasi dia dan bekas isteri, Dr Imaan, 36 buat masa ini.

Dalam masa sama, pelakon Maya Karin menegaskan dia tiada kena mengena dengan perpisahan itu.

Menurutnya, dia mengenali ahli politik itu sebagai kenalan biasa sama seperti hubungannya dengan beberapa ahli politik lain.

Nik Nazmi bercerai talak satu dengan Dr Imaan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 2005 dan memiliki seorang anak lelaki bernama Nik Ihsan, 8.

SGMS Enal