Kes Cium Eina Azman Tagih Perhatian Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan Datin Paduka Eina Azman, beliau bukan sahaja dipuji kerana suaminya begitu memanjakan beliau dengan kemewahan, tetapi baru-baru ini sahaja beliau turut terpalit dengan isu kontroversi bersama Datin Rebecca Nur Islam. Dan, mungkin disebabkan isu tersebut, Datin Paduka Eina Azman dan suami mengambil keputusan untuk bercuti ke luar negara.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah, ketika percutian pasangan ini di Itali, Eina sempat berkongsi gambar nya dan suami sedang bercium diatas gondola dan ini sekaligus mengundang kecaman para netizen mahupun keyboard warrior.

Aksi cium Eina ini tular dimedia sosial

Walaupun, pasangan suami isteri ini mahu berkongsi saat bahagia bersama, namun netizen berpendapat bahawa adalah tidak perlu untuk menayang gambar sebegini dan berkongsinya dilaman sosial. Kerana, bagi mereka gambar cium ini dianggap sebagai tidak sopan.

Mungkin ada betulnya apa yang netizen dan keyboard worrior kita cuba sampaikan. Kerana, bukan Datin Paduka Eina Azman sahaja yang terpalit isu yang sama, malah artis-artis lain juga mengalami kritikan yang serupa. Cuma, apa yang penting artis kita haruslah mengambil iktibar atas kesilapan yang pernah dilakukan, bukan mengulangi kesilapan yang sama bukan?

Salma Syahbuddin