Kesian Sajat, Kaki Semakin Membengkak

Usahawan yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi ini dikhabarkan baru sahaja pulang dari Jakarta atas urusan perniagaan namun, sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air, Sajat dikatakan telah diserang penyakit misteri di bahagian kaki.

Sajat turut berkongsi gambar kaki beliau yang bengkak seolah-olah di gigit sesuatu menerusi laman instagram miliknya.

 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah rata-rata followers beliau kelihatannya tidak kisah dengan penyakit misteri yang menimpa Sajat.
Namun, dalam ramai yang menghentam beliau, masih ada segelintir yang sanggup memberikan nasihat agar Sajat berubat mengikut cara tradisional.
Apapun, semoga cepat sembuh ye Sajat!
Salma Syahbuddin