Hiburan By: Padin July 7, 2023 @ 3:19pm

Khas Untuk Peminat, Duo Kembar Aishahanim Bakal Adakan Mini Konsert

Selepas sedekad dalam industri seni muzik, duo penyanyi, Aishahanim bakal melakar sejarah tersendiri menerusi penganjuran Mini Konsert One Night Only Aishahanim pada 6 Ogos depan.

Meluahkan keterujaan, Aishahanim berkata, mini Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu adalah tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media dan peminat yang selama ini menyokong karier mereka.

Tambah mereka, konsert tersebut juga bakal menjadi lembaran penceritaan sejarah permulaan mereka dalam menuai bakat di laman seni tempatan menerusi 15 lagu yang akan disampaikan.

“Setiap penyanyi mempunyai sejarah dan cerita sendiri. Begitu juga Aishahanim. Oleh sebab itu, konsert One Night Only Aishahanim adalah pentas untuk kami bercerita tentang perjalanan kami dalam dunia seni.

“Kami juga mahu membuktikan, kami mampu untuk menyanyi secara langsung. 15 lagu bukan mudah tetapi kami yakin dengan kemampuan dan bakat kami.

“Setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai cerita dan sejarah tersendiri dalam hidup kami. Tetapi 15 lagu yang bakal dipersembahkan adalah pilihan terbaik untuk malam One Night Only Aishahanim,” kongsinya.

Sepanjang dua jam persembahan, peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian seleksi lagu-lagu nyanyian semula dan single hits mereka antaranya Angkara, Tinggalan Cinta dan Leka.

Malah, mereka bakal menyanyikan lagu-lagu nyanyian idola mereka antaranya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ziana Zain dan ramai lagi.

Seleksi lagu yang bakal dipersembahkan juga akan menggabungkan pelbagai genre bermula dari era 60-an sehingga sekarang.

Persembahan secara langsung itu juga diiringi oleh Band Tentera Darat Port Dickson.

Bercakap soal stamina, Aishahanim kini giat berlatih menerusi senaman dan aktiviti riadah untuk memastikan mereka bertenaga sepanjang hampir dua jam persembahan tersebut.

Tiket mini konsert yang turut disertakan dengan makan malam itu sudah mula dijual bermula pada harga RM299 sehingga RM499.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jul 2018
Events Tue, 16 Jul 2019

Noh Hujan Bersyukur Lagu Ciptaan Jadi OST Filem

Bukan senang artis nak jadikan lagu ciptaan sendiri jadi runut bunyi sebuah filem tau, kita ni tau dengar and komen je kan?!

Hiburan Thu, 29 Nov 2018
Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Wed, 24 Jan 2018

“AKU ADA MENGONG**** DENGAN BAPAK KAU KE?” – RITA RUDAINI BERANG

Jika dilihat menerusi status Rita Rudaini itu, dia memberitahu bahawa dia terpanggil untuk membalas mesej yang dianggap sebagai ‘kurang ajar”

Featured Fri, 29 Mar 2024

“Asyik Nak Tunjuk Kau Punya Sabar”- Kakak Adira ‘Sound’ Datin Red, Dedah Adira Suhaimi Selalu Kena Buli

Betullah tu, mana ada kakak yang sanggup tengok adik dia kena buli 🔥🔥🔥