Wah, bukan main lagi berhantu lagu duet trio Datuk Seri Aliff Syukri, Sajat dan Lucinta Lunani kan? Walaupun mendapat kecaman segelintir netizen di luar sana, namun masih ada yang mengakui bahawa lagu ini memnag memberi impak terhadap mereka walaupun pertama kali mendengarnya.

Terbaharu, selebriti media sosial, King Coco sekali lagi tampil memuat naik videonya menari lagu parodi berjudul Bobo Di Mana sekaligus ini merupakan penampilan pertama beliau selepas lama menyepi. 

Video yang dimuat naik oleh King Coco itu telahpun mendapat 81, 727 tontonan sejak ianya dimuat naik semalam. Walau bagaimanapun, King Coco dilihat telah menutup ruangan komen tersebut. Malas nak kena kecam kot?

Dan, sebelum King Coco keluar dengan aksi tarian beliau, penyanyi Shiha juga telah menyanyikan lagu tersebut sehingga mendapat pujian netizen kerana aksi Shiha dan DS Aliff Syukri betul-betul kelakar.
Haa, agak-agak semua terhibur tak tengok gelagat King Coco dan Shiha buat parodi untuk lagu Bobo Di Mana? Apapun, diharap lagu ni tidaklah seperti lagu Abang Nak Tegur okay!
Salma Syahbuddin