Categories: Sihat

Kenali 7 Gejala Sakit Jantung Pada Wanita

Jantung yang sihat berupaya mengepam 10,000 liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari, iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Tapi, adakah anda yakin jantung anda sihat?

Untuk pengetahuan anda, sakit jantung boleh berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutama kolesterol.

Biasanya, proses penyempitan saluran darah ini berlaku apabila terlalu banyak kolestrol dalam badan disebabkan tabiat merokok, kencing manis, obesiti, menjalani kehidupan yang kurang aktif dan darah tinggi.

Biasanya, mereka yang mengalami sakit jantung akan mudah semput, sesak nafas, lemah dan kaki bengkak akibat saluran darah yang sempit. Pesakit jantung yang mengalami serangan jantung boleh diselamatkan dalam tempoh 5 hingga 10 minit dari tempoh serangan. Biasanya, pesakit akan diberikan ubat untuk mencairkan darah.

Foto: TribunNews.com

Kalau anda nak tahu, tanda-tanda sakit jantung berlaku di antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Jadi, anda perlu sentiasa berhati-hati dan jangan tersalah tafsir dengan masalah kesihatan yang biasa. Jom kenali 7 gejala sakit jantung pada wanita.

1. Anda berasa cepat lelah walaupun anda hanya duduk di kerusi untuk berehat.

2. Sering terasa ngilu pada tulang dada, bahu, rahang dan pada bahagian atas belakang badan.

3. Bahagian tangan, kaki dan anggota badan yang lain mengeluarkan peluh yang berlebihan padahal anda tidak melakukan aktiviti di bawah matahari.

4. Mual, muntah, pening kepala dan pengsan tanpa sebab.

5. Nafas menjadi berat walau tidak melakukan aktiviti berat.

6. Sukar untuk tidur.

7. Tubuh berada dalam kondisi kecemasan apabila berasa tertekan dan ia boleh menyebabkan serangan jantung mendadak.

Jadi, anda perlu sentiasa peka tentang perkara ini!

Sumber: Her Inspirasi & Utusan Online

tex_admin