Rajin Turun Padang, Syafiq Kyle Turun 10 Kilogram

Penurunan berat badan pelakon, Syafiq Kyle sememangnya mendapat perhatian ramai. 

Mungkin sebelum ini ada yang menganggap pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini susut disebabkan mengambil bahan terlarang walhal dia kini aktif bersukan. 

“ Berat saya pernah capai sehingga 80 kg. Paling berat ketika itu. 

“ Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kg berbanding awal kemunculan saya dalam bidang seni dulu,” katanya.

Kata pelakon drama popular Nur ini, Syafiq memberitahu dia aktif bermain bola sejak setahun lalu.

“ Saya aktif bermain bola sepak bersama rakan artis. Dalam masa sama saya juga menaja pasukan bola sepak, Challo yang saya tubuhkan selama setahun.

“Saya memang aktif beriadah, terutama bermain bola sepak untuk mengekalkan stamina. 

“ Saya meluangkan masa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu jika tidak terikat dengan komitmen kerjaya,” kata Syafiq.

SGMS Faida