Categories: Eat Travel

Resipi Bubur Jagung Cheese Paling Sedap Untuk Dinikmati Pada Musim Cuti Sekolah Ini

Pasti ada dalam kalangan anda yang dah pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari Raya Haji pada esok hari kan? Mesti meriah berkumpul dengan ahli keluarga, macam-macam cerita nak dikongsikan dan macam-macam pula hidangan yang akan dimasak. Betul tak?

Ketupat, rendang, kuah lodeh pasti antara menu wajib musim perayaan ini. Tapi, untuk manisan, apa kata anda buat bubur jagung cheese! Lagipun sekarang kan musim cuti sekolah, anak-anak anda pasti suka dengan bubur jagung ini.

Resipi yang bakal Hijab & Heels kongsikan ini sangatlah mudah dan cepat, yang paling penting rasanya cukup sedap. Jom kita semak resipinya!

Bahan-bahan:

2 biji jagung manis

500 ml air

50 gram gula pasir

100 gram susu pekat manis

100 gram santan

1/4 sudu kecil garam

2 sudu besar tepung beras

2 helai daun pandan

75 gram keju yang diparut

Cara-caranya:

1. Kikis isi jagung terlebih dahulu.

2. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan daun pandan, jagung, garam, santan, susu pekat manis dan gula. Kacau sehingga jagung masak.

3. Bancuhkan tepung beras dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.

4. Setelah masak, hidangkan dan taburkan keju yang telah diparut. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: SasaRecipe

tex_admin