Euforia Bola 2026
Filem By: Fatin Nurain July 3, 2022 @ 2:53pm

“Kita Bukan Mementingkan Kutipan…” Filem Mat Kilau Sebagai Permulaan Penerbit Angkat Aras Pemikiran Masyarakat

Biarpun kutipan sudah mencecah RM30 juta setakat malam kelmarin, namun penerbitan filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) bukan untuk mencari keuntungan.

Menurut penerbit Shahruddin Md Dali, tujuan penubuhan Studio Kembara juga sebagai antara cara mengangkat aras pemikiran masyarakat ke tahap lebih tinggi.

“Jika diikutkan rekod jualan filem genre epik atau sejarah di mana-mana negara pun termasuk Hollywood, ia tidak setinggi filem genre lain. Jadi, sebab itu kita tidak boleh fikir mengenai pulangan keuntungan.

“Kita ambil cabaran itu iaitu mengisi vakum menyediakan hiburan bermanfaat kepada masyarakat. Alhamdulillah kerana filem sejarah ini yang juga misi pertama kita sudah berjaya walaupun perlu melalui sebanyak tiga tahap percubaan,” katanya.

Selain itu, Shaharuddin turut menjelaskan banyak perancangan yang berada dalam senarai filem yang berunsurkan pahlawan Melayu untuk diterbitkan di pawagam bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.

Antaranya seperti pahlawan di Perak iaitu Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Ngah Ibrahim dan seangkatannya selain berkisar sejarah negeri Melaka.

“Ya, kita sangat perlukan filem yang boleh menaikkan kembali semangat masyarakat yang mungkin terlena dan layu sejak sekian lama seperti filem Mat Kilau pada masa ini dilihat mampu mencelikkan generasi sekarang.

“Itu antara agenda yang ingin kita banyakkan walaupun diakui genre lain juga ada kalanya tetap berupaya menyuburkan mesej bermanfaat yang dapat membina masyarakat dan ummah menjadi lebih baik. Apa yang kita sediakan untuk tatapan masyarakat, kita kena sangat bertanggungjawab,” katanya.

Penerbit itu turut menganggap kutipan yang diperoleh menerusi tayangan Mat Kilau sesuatu di luar jangkaan.

“Kita bukan mementingkan (jumlah) kutipan, sebaliknya hanya memikirkan (berniat) untuk semua rakyat Malaysia bahkan di nusantara untuk menonton filem ini. Ini kerana dari situ kita harap dapat memberi kesedaran bahawa ada banyak benda kita ketinggalan dan abaikan selama ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Hafez

Pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati.

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Lagu Baharu Dikritik Tak Sesuai Dengan Vokal, Syamel Tenang Terima Pandangan Negatif Netizen

Rata-rata netizen mengatakan lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal Syamel yang dikatakan lebih gemersik dan menyentuh jiwa sekiranya menyanyikan lagu-lagu ballad.

Featured Wed, 4 Mar 2026

“Jangan Pergi Mana-Mana, Pergi Hati Saya Je” – Muat Naik Video Bersama, Que Haidar & Fazura Bikin Hati Peminat Cair

Pelakon Que Haidar sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila memuat naik sebuah video pendek menunjukkan kemesraannya bersama aktres, Fazura baru-baru ini.

Events Tue, 10 Sep 2019

2019年《八度空间嘉年华》圆满落幕!

2019年《八度空间嘉年华》于上个周末在莎阿南Central i-City圆满举行!八度空间旗下一众艺人、本地歌手以及网红落力助阵下,长达2天的活动共吸引1500人到场共襄盛举。

Trending Hari Ini Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Fri, 20 Feb 2026
Featured Mon, 4 Apr 2022
error: Content is protected !!