Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 6, 2019 @ 4:48pm

Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Hafez

Pelakon, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 kira kira jam 3.28 petang tadi

Dengan sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel terkemuka tanah air.

Terdahulu, pasangan ini juga melangsungkan pertunangan sebagai syarat sebelum meneruskan upacara pernikahan di depan lebih 200 orang tetamu dan kenalan terdekat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala yang dirancang dalam tempoh singkat sejak awal tahun ini berjalan lancar.

“Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan.

“Doa saya di Tanah Suci Makkah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh. Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan saya dan dia. Insya-Allah,” katanya.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. Bagaimanapun ketika itu, tiada apa yang berlaku. Seterusnya selepas sekian lama hubungan sepi begitu saja, mereka sekali lagi bersua hujung tahun yang sama.

Ketika hubungan itu terus mekar, Hafez terbang ke Amsterdam untuk memberi kejutan sekaligus melamar Nelydia pada April 2018. Ketika itu pelakon yang juga adik kepada Uqasha Senrose ini sedang bercuti di Eropah.

“Selepas memutuskan untuk membawa hubungan kami ke fasa seterusnya, saya bawa dia berjumpa dengan papa untuk meminta restu selain keluarga yang lain.

“Memang asalnya rancangan perkahwinan ini nak dibuat tahun lalu. Tetapi ada saja kekangan. Di sebalik ujian dan halangan sebelum ini, saya dan suami berjaya melaluinya sebaik mungkin. Sekembali dari umrah 5 Januari lalu, saya dan dia putuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan memulakan persiapan,” katanya.

Mengenai Hafez, pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati.

Esok pasangan ini diraikan pada sebelah malam juga di lokasi sama majlis nikah berlangsung. Pada majlis itu, Nelydia mengenakan rekaan Alia Bastamam manakala Hafez pula dengan busana Ezuwan Ismail. Untuk majlis potong kek, kedua-duanya bakal menggayakan rekaan Rizman Ruzaini.

Jika tiada aral melintang, sebuah majlis keraian akan diadakan di Kelantan musim raya depan.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jul 2024

“Silap Dalam Penyampaian Harus Diperbaiki, Janganlah Hentam” – PU Riz

Haris mengakui masyarakat sekarang lebih peka mengenai ilmu agama.

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Fri, 29 Nov 2024

Jamal Abdillah Ambil Tindakan Tegas Jika Nama Anak Terus Terpalit Dakwaan Curi Kereta Ferrari

Osama Yamani telah menghubungi dan menafikan dakwaan berkenaan isu tersebut.

Featured Wed, 1 Dec 2021
Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Taeyang Kahwin Februari 2018

Pasangan ini bakal berkahwin pada bulan Feb sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan.

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Demi Album Pertama, Ayda Jebat Sanggup Berulang Alik Ke Jakarta

Lama dah kita tak dengar Ayda bawakan lagu Balada kan? Good Luck Adik!

Featured Mon, 15 Jun 2026

“Dia Ikhlas, Easy Going & Pendengar Yang Setia” – Noor Nabila Dedah Sisi Peribadi Kekasih Hati

Noor Nabila tampil berkongsi beberapa ciri-ciri yang ada pada kekasih hatinya, Ameer Aiman.

error: Content is protected !!