“Kita Memang Nak Nikah Tapi…” – Fuad Rahman

Penyanyi Fuad Rahman, 43, tampil membuat pengakuan mengenai pernikahan dengan kekasihnya yang juga seorang penyanyi iaitu Tom, 36.

Memetik laporan Harian Metro, Fuad memberitahu bahawa dia dan Tom kini masih belum melangsungkan pernikahan.

“Saya hanya berkata kalau kita cakap nak nikah, mesti orang terperanjat. Iyalah, kita memang nak nikah tapi belum masanya lagi.

“Konon-kononnya sajalah, kalau dah jodoh, insya-Allah. Tapi secara jujurnya, kita belum nikah lagi. Dalam perbincangan, tapi nak cepatkanlah, insya-Allah.

“Apabila bercakap mengenai urusan, seperti saya masih banyak yang perlu diuruskan. Tapi memang kita nak bernikah, kan,” kata Fuad.

Sebelum ini, Fuad dan Tom sering membuat siaran langsung bersama di TikTok sehingga timbul salah faham di kalangan warganet.

Lebih mencuri tumpuan, Fuad berseloroh mengatakan pasti peminat akan terkejut kalau mereka mengumumkan sudah bernikah.

“Lembut, pandai masak, pandai uruskan anak, suami pun pandai uruskan. Kita kalau cakap dekat diorang yang kita dah nikah mesti diorang terperanjat kan,” katanya.

Fuad berkata demikian selepas menerima banyak pertanyaan daripada peminat selain menjawab soalan mengenai keperibadian Tom menerusi ‘live’ TikTok.

Untuk info, Fuad pernah mendirikan rumah tangga dua kali manakala Tom pula pernah berkahwin tiga kali.

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi