Klasik Sungguh Resepsi Kedua Aidil-Fasha Sandha!

Meriah! Majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti terkenal Aidil Aziz dan Fasha Sandha diteruskan tengahari ini di Rembau, Negeri Sembilan yang merupakan kampung halaman pengantin lelaki. 

Menerusi sebuah video di Instagram milik pengarah Along Kamaludin, Aidil dan Fasa diarak menaiki ‘tandu’ yang diperbuat daripada buluh. 

Aidil dan Fasha sekali lagi menyarungkan busana bercorak songket warna kelabu rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. 

Acara menjunjung atau ‘menjulang’ pengantin amat terkenal di kalangan orang Negeri Sembilan yang masih kuat berpegang pada adat pepatih.

Menariknya, acara ini memberi keterujaan terutamanya oleh kanak-kanak generasi baru yang mungkin tidak tahu terdedah kepada adat dan budaya lama ini. Tahniah sekali lagi buat Aidil & Fasha, sangat klasik! 

Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November 2018 seterusnya berkahwin pada 31 Mac lalu.

SGMS Faida