Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 19, 2023 @ 6:52pm

Kolaborasi Dengan Faizal Tahir, PU Riz Menyanyi… Neelofa Pula Berlakon

Tahun lalu, pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal yang didedikasikan buat anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Terbaharu, PU Riz atau mesra disapa Haris, 28, muncul dengan single berjudul Jodoh Ajal Rezeki yang berkolaborasi bersama komposer dan penyanyi terkenal, Faizal Tahir.

Menariknya, lagu hasil ciptaan Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat, lirik oleh mereka berdua serta Haris dan Faizal itu turut menampilkan Neelofa.

Menurut Haris, pembabitan isterinya itu adalah yang pertama dalam sebuah lagu dan video muzik (MV) selain menyifatkan ia sebuah karya yang cukup istimewa.

“Lagu ini sudah siap sepenuhnya tahun lalu. Cuma, baru bulan lepas kami siapkan MV. Lagu ini cukup bermakna bukan saja melodi tapi liriknya juga. Jika dihayati, penuh keinsafan dan boleh menitiskan air mata. Ini kerana, ia cukup dekat dengan kehidupan seharian kita.

“Pendek kata, apa yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah sejauh mana kita merancang, sehebat mana kita merancang Allah jua sebaik-baik perancang. Dalam apa jua keadaan berlapang dada dan berdamailah dengan takdir Allah dan reda.

“Kemunculan Neelofa pula bagi melengkapkan lagi kisah lagu ini yang mana dia bukan saja berlakon dalam MV tapi juga menyumbangkan suaranya dengan membacakan maksud sepotong ayat al-Quran,” katanya.

Selain Neelofa, MV itu turut menampilan Faizal berlakon bersama Haris sebagai bapa dan anak.

Dipaparkan bagaimana hubungan kedua mereka renggang dan bergaduh hingga akhirnya berbaik semula.

“Lagu ini untuk kita semua. Mungkin ada antara kita yang pernah melalui pengalaman ini. Jadi, saya berharap lagu ini dapat diterima baik.

“Paling penting, saya mahu peminat dan pendengar memahami maksud yang ingin disampaikan. Ini juga satu lagi bentuk dakwah daripada kami,” katanya.

Lagu terbitan Faithful Music itu sudah dilancarkan secara rasmi sejak semalam sementara MV pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Oct 2024
Hiburan Sun, 17 Nov 2019
Trending Sat, 5 Feb 2022

Realisasi Impian Sejak Kecil, Pilot Cantik Ini Muncul Dengan Single Cerita Ku

Sering menyertai pertandingan nyanyian ketika di usia kanak-kanak, gadis cantik bernama Farah Rose ini merealisasikan impian untuk menjadi penyanyi. Pemilik nama sebenar Nur Farah Najihah Rosmi, 22, ini kini mengatur langkah dan muncul dengan single […]

Featured Fri, 1 Dec 2023

[VIDEO] “Beruntungnya Ada Anak Soleh Macam Ni”- Baru Berusia 4 Tahun, Gelagat Ardy Wira Pertama Kali Laungkan Azan Bikin Netizen Meremang!

MasyaAllah Wira😍😍😍Min dari dulu memang suka sangat kat Wira ni bijak je budaknya❤️

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
FESYEN Wed, 14 Aug 2019

Fazura’s Spilling Tea on E! News About Fattah’s Fashion

The fashion starlet, Fazura reveals her individuality through her fashion picks and thoughts

error: Content is protected !!