Kolaborasi Istimewa Yovie Widianto Bersama Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolya Menerusi Menyesal

Tidak bertangguh lagi dalam projek hebat ini, Yovie Widianto mendekati tiga superstar muda Indonesia untuk membawakan lagu hit ciptaannya.

Bersatunya Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolya dalam lagu Menyesal ini ditulis khas oleh Yovie untuk menjadi persembahan yang mencuri hati. Ini merupakan salah satu karya muzik terbaik pada tahun ini.

Lagu Menyesal merupakan single pertama dari rangkaian single dalam projek terbaru album Yovie and His Friends yang dilancarkan bawah label Universal Music Indonesia.

Single ‘Menyesal’ merupakan lagu cinta bergenre pop balland dengan nuansa megah yang bercerita tentang pilunya sebuah penyesalan dan sulitnya merelakan seseorang melalui lantunan piano dengan iringan strings section yang merdu dan menambah syahdu.

Dalam album ini, Yovie Widianto akan bergandingan dengan ramai penyayi serta artis popular Indonesia seperti Lyodra, Tiara Andini dan Siva Magnolya untuk membawakan karya-karyanya.

Yovie Widianto telah berkarya dalam industri muzik selama lebih dari 3 dekad dengan segudang pencapaian, pada tahun 2020 dengan rasminya dinobatkan sebagai pencipta lagu dengan jumlah strim terbanyak di Spotify, bukan hanya di Indonesia bahkan Asia dan seluruh dunia.

Lydora, Tiara Andini dan Ziva Magnolya juga telah banyak mencipta nama dengan usia mereka yang masih muda. Ketiga-tiganya memiliki pengalaman berkolaborasi bersama artis antarabangsa.

Pada 3 Mac yang lalu, Single ‘Menyesal’ oleh Yovie Widianto bersama LTZ (Lydora, Tiara Andini, Ziva Magnolya) telah rasmi dilancarkan.

Nurul Hana