Hiburan By: Khairil Khusyairi September 28, 2022 @ 5:50pm

Kongsi Foto Cium Mulut, Ramai Lelaki ‘Makan Hati’ Dengan Elizabeth Tan

Nama Elizabeth Tan sering menjadi bualan netizen lebih-lebih lagi mengenai kehidupan peribadinya yang kini bergelar isteri.

Terbaharu, Elizabeth yang lebih mesra disapa Lizzy ada membuat perkongsian di laman Instagram dengan memuat naik foto bersama suaminya.

Namun, muat naik Lizzy itu mengundang kritikan warganet apabila salah satu foto yang dimuat naiknya itu memaparkan dia mencium bibir suaminya.

Difahamkan foto yang dimuat naik itu adalah foto pasca perkahwinannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu yang kurang senang dengan perkongsian tersebut dengan mengatakan pelantun lagu Semua Sudah itu melampaui batas dan perlu menghormati sensitiviti negara ini.

“Kalau kita artis, tunjuklah teladan yang baik,” tulis seorang warganet.

Melihat pada rentetan komen-komen ditulis warganet, ternyata kebanyakannya golongan lelaki berasa kecewa dan patah hati dengan perkongsian Lizzy itu.

Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim yang juga seorang ahli perniagaan pada 21 Mac 2021.

Sumber: Instagram elizabethtan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Radhi OAG Sertai Tabligh

Rumah tangga yang dibina kali kedua hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja, penyanyi kumpulan OAG, Radhi mengaku sukar berdepan dengan perceraian dan hampir kemurungan selepas perpisahan tersebut. Menurut Radhi, perceraian tersebut memberi kesan besar dalam dirinya […]

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Nampak Murah, Tak Ada Bajet Ke..” – Chef Wan, Che Ta Kritik Penampilan Kontinjen Malaysia Di Olimpik

Pembukaan sukan Olimpik di Tokyo baru baru ini berjaya mencuri perhatian dunia. Tidak ketinggalan adalah kontinjen Malaysia yang turut sama muncul pada majlis pembukaan di Tokyo baru-baru ini. Namun begitu, busana yang digayakan oleh atlet […]

Trending Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Fri, 18 Oct 2019

Siti Sarah Terkilan Sebab…?

Peringatan buat kita semua…

Featured Tue, 27 Sep 2022
Contest Tue, 25 Sep 2018
Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Filem One Two Jaga Menang Besar Di FFM30

Tahniah buat Namron dan seluruh pasukan produksi One Two Jaga!