Trending By: Ad Ops November 4, 2019 @ 2:12pm

Reaksi kucing montel yang dipaksa bersenam atas treadmill ini buat Netizen tertawa

Laman  sesawang kini memang kaya dengan video kucing dari serata dunia yang menunjukkan pelbagai aksi lucu.

Ada sesetengah kucing menjadi bintang di persada antarabangsa apabila video yang dimuatnaik oleh tuan mereka tular di media sosial.

Baru-baru ini, seekor kucing dengan mudahnya mencuri hati Netizen, tetapi bukan kerana aksi lincah yang biasa kita lihat kucing lakukan, sebaliknya, Cinder dari Washington, Amerika mendapat perhatian warga Internet kerana reaksi lucunya apabila dipaksa bersenam.

Kucing yang diberi jolokan Cinderblock The Fat Cat ini disahkan obes oleh pihak Hospital Haiwan Northshore kerana berat badannya mencecah 11.3 kilogram. Untuk bergerak dan membersihkan bulunya pun susah!

Sumber: NY Daily News

Jadi untuk menguruskan badan montelnya, ia diletakkan di dalam program senaman yang melibatkan penggunaan treadmill air. Ketika pertama kali beraksi, Cinderblock terus menunjukkan yang ia langsung tidak rela untuk melakukan aktiviti ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pihak hospital, Cinderblock memilih untuk duduk di bucu treadmill itu berbanding berjalan di atasnya. Hanya satu kakinya sahaja yang bergerak!

“Kucing istimewa ini obes dan ia memberi kesan kepada kualiti hidupnya. Kami membantu mengurangkan sekurang-kurangnya 45 peratus berat badannya menerusi diet dan senaman. Nampaknya dia tidak berminat,” tulis kapsyennya. Kasihan!

Tidak lama selepas video pertama itu dimuat naik, sebuah lagi video dikongsikan. Kali ini Cinder menunjukkan peningkatan!

Walaupun ia banyak merungut dan bergerak perlahan-lahan, Cinderblock akhirnya sudah mula berjalan dan bergerak di atas treadmill yang sama!

“Cinder sedang beraksi. Dia mungkin belum lagi berlari-lari tetapi dia tetap sedang bergerak di arah yang betul,” tulis pihak hospital di laman media sosialnya.

“Dengan menteraburkan makanan keringnya, kami menggalakkan Cinderblock untuk bergerak di sekeliling bilik. Walaupun ia tidak banyak, setiap usaha akan membantu.”

Oleh kerana tindakannya mirip perangai manusia apabila diminta bersenam, kucing ini terus dilihat sebagai selebriti sensasi. Ramai Netizen mengatakan bahawa mereka boleh lihat diri mereka sendiri dalam Cinderblock. Sama malas bersenam! 

Ramai juga orang mengucapkan kata-kata semangat, dengan harapan Cinderblock akan berjaya dalam misinya.

Kini, ia sudahpun mengumpul sejumlah pengikut yang ramai, yang tidak sabar untuk ketahui apa perkembangan terbaharu Cinderblock.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ugh, why do we need to check a weight weekly? #unimpressed #cinderblock #catonadiet #felinemedicine #abvp #felinespecialist

A post shared by Northshore Veterinary Hospital (@northshore_vet) on

Pada awalnya, Cinderblock dibawa ke hospital Northshore oleh keluarga tuannya untuk ditidurkan kerana mereka tidak lagi mampu untuk menjaga kucing ini.

Pengarah perubatan hospital ini, Brita Kiffney, memberitahu CNN yang beliau tidak sanggup untuk melakukannya. Jadi mereka bersetuju untuk biarkan Cinderblock dijaga oleh pihak hospital.

Menurut Brita, Cinderblock menjadi obes kerana diberi makan terlebih banyak oleh si bapa dalam keluarga itu.

Nasib baik keputusan untuk menidurkannya dibatalkan! Jika ia diteruskan juga, tidak dapatlah kita menikmati aksi lucu Cinderblock!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Jan 2021
Trending Tue, 9 Jun 2020
Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Sat, 10 Mar 2018

Pemulihan Bekalan Air Perlahan, Penduduk Lembah Klang Sabar ya!

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), setakat pukul 7 pagi ini peratusan pemulihan berdasarkan jumlah keseluruhan akaun yang terkesan adalah sebanyak 73 peratus.

Featured Fri, 4 Nov 2022