Kongsi Foto Tanpa Hijab, Netizen Syak Elyana Kembali ‘Free Hair’… Mohon Netizen Tidak Komen Melampau

Tindakan pelantun lagu Kalis Rindu, Elyana memuat naik foto tidak berhijab di Instagramnya sejak Sabtu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Bahkan, Elyana juga dilihat menutup ruangan komen di hantaran terbabit.

Justeru itu, tindakan penyanyi ini membuatkan ramai peminat serta pengikutnya risau dengan keadaan Elyana, namun segelintir lagi dilihat kesal dengan tindakan pemilik nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal, 35, sehingga menyifatkan dia seolah-olah mempersendakan agama.

Bukan itu sahaja, Elyana juga sebelum ini menyatakan rasa kesalnya terhadap segelintir warganet yang dilihat cuba untuk membalas dendam terhadap perbuatan khilafnya dalam menutup aurat sehingga sanggup meninggalkan komen melampau dengan menyatakan mahu ‘menyembur’ penyanyi itu sekiranya penyakit kansernya aktif semula.

Namun, berdasarkan pemerhatian Xtra, sebelum perkongsian foto tidak berhijabnya itu, Elyana ada memuat naik beberapa hantaran menerusi Instagram Story miliknya dengan menegur adab dan tindakan orang Melayu sekarang ini yang lebih suka memberi nasihat dan akhirnya menunjukkan keburukan diri sendiri.

Malah dalam hantaran yang berlainan juga, Elyana dilihat memuat naik perkataan ‘Terima Kasih’ seolah-olah sudah berputus asa dengan tindakan warganet yang terlampau ‘judgemental’.

Terdahulu, Elyana mengakui kesal dengan tindakan segelintir warganet yang menuduhnya meraih simpati gara-gara penyakit yang dihidapinya meskipun sudah memaklumkan bahawa bukan mudah untuk dirinya memaklumkan kepada umum mengenai penyakit kanser limfomanya itu apatah lagi sehingga kini dia masih menjalani dan menerima kesan sampingan akibat rawatan yang dilakukan.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Tidak Adil Untuk Diri Saya Yang Sering Dihina Dan Dipijak!” – Didakwa Menagih Simpati, Elyana Mohon Netizen Jangan Biadap

ARTIKEL BERKAITAN:Masih Jalani Rawatan Kemoterapi, Elyana Ucap Terima Kasih Kepada Penderma Darah – “Tak Ternilai Jasa Anda…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Allah Maha Baik!” – Perjuangan & Penantian 11 Tahun Kini Berhasil, Elyana Kini Bebas Kanser

Salma Syahbuddin