Categories: HiburanSelebriti

Kongsi Gambar Lama…Peminat Doa Daiyan Trisha Cepat Kahwin

“Selepas setahun, saya masih bujang seperti dulu,” tulis penyanyi Daiyan Trisha yang berkongsi kisah lama.

Menerusi laman Instagramnya, Daiyan memuat naik gambar dirinya menyarungkan busana pengantin yang digayakan pada tahun lalu.

Gara-gara gambar berkenaan, ramai menyangkakan Daiyan sudah bernikah dalam diam.

“Tahun lepas pada masa ini seluruh Malaysia menyangkakan saya bakal berkahwin.

“Semua orang dan laporan akhbar keliru, kecuali bagi mereka yang mengetahui mengenai lagu itu.

“Selamat ulang tahun buat lagu Langit,” tulisnya.

Pada tarikh ini tahun lalu, Daiyan tampil dengan single berjudul Langit.

Gambar yang mencetuskan persoalan di kalangan netizen itu menerima komen positif yang rata-ratanya mendoakan agar Daiyan bertemu dengan bakal suami yang baik.

Tahun lalu, Daiyan pernah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi gambar mengayakan busana perkahwinan sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.

Namun, Daiyan tampil memohon maaf atas kekeliruan khabar angin yang mendakwa dirinya bakal mendirikan rumah tangga menerusi satu kenyataan di media sosial.

SGMS Faida