Hiburan By: SGMS Faida June 10, 2019 @ 4:57pm

Kongsi Gambar Rumah Lama, Netizen Kagum Dengan Transformasi Hidup Shuib

Pelawak Shuib merupakan salah seorang selebriti yang terkenal dengan sifat rendah diri.

Walaupun dikurniakan bakat melawak cemerlang dan dikelilingi keluarga bahagia, ia tidak pernah membuatkan Shuib lupa akan asal usulnya.

Menerusi laman Instagramnya, Shuib berkongsi sebuah rumah papan yang mana merupakan lokasi dia dibesarkan sejak usia lapan bulan lagi.

“ Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun, ini lah rumah saya dibesarkan. Air amik tiap-tiap petang pakai baldi,mandi dekat parit,toilet luar rumah,tido pakai kelambu,lampu pakai pelita,motor takda yang ada cuma basikal.

“ Belanja sekolah 50 sen, Sabtu Ahad tangkap belut buat tambah duit sekolah. Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar,” ujarnya.

Penyampai radio Hot FM ini juga berkongsi pesan agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan menghargai setiap apa yang ada.

“ Semoga anak-anak dan isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah. Bersedia dgn setiap ujian Allah, susah juga ujian,senang juga ujian,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Aug 2021

“Kalau Ada Yang Patah Hati, Tolong Maafkan Saya”- Remy Ishak

Berita pernikahan Hero Malaya, Remy Ishak ternyata mengundang reaksi ramai peminat wanita terutama di laman sosial. Ramai dilihat yang terhibur dengan pelbagai reaksi yang ditonjolkan oleh para peminat Remy. Terbaru, menerusi video yang dimuat naik

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

#Mentor7: ‘Kalau Boleh Tak Nak Singkir Sesiapa’ – Aizat

Jangan risau Faris. Aizat yakin awak ada masa depan cerah dalam industri hiburan. Yang penting, jangan berhenti usaha okay!

Events Wed, 28 Nov 2018

Let’s Be Honest, This Year’s Christmas Party is Gonna Be Lit!

Details inside. There’s an after party too!

| Live TV

error: Content is protected !!