Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 18, 2024 @ 3:00pm

Kongsi Momen Mesra Dengan Marissa Dania, Memey Suhaiza Dikecam Tak Sensitif… Didakwa Sengaja Tunjuk Baik

Pelakon, Memey Suhaiza teruk dikecam netizen sehingga didakwa tiada sensitiviti gara-gara berkongsi momen mesra berbuka puasa bersama anak tirinya, Marissa Dania Hakim.

Memey memuat naik video sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa bersama keluarga, namun kelibat Marissa bersama keluarga tirinya itu menjadi perhatian ramai.

“Dah dua hari cuti masak sebab buka luar. Back to normal rutin mummy (panggilan Memey). Itu pun ada ulang menu, perasan tak? Sebab saya masak ikut permintaan masing-masing.

“Kalau anak nak menu sama setiap hari pun saya buat, janji makan habis. Alhamdulillah,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap Memey yang dianggap tidak pandai menjaga perasaan ibu Marissa, selebriti, Abby Abadi selepas dia mendedahkan anak perempuannya itu menjauhkan diri daripadanya.

Bukan itu sahaja, netizen turut mengungkit semula kisah lama apabila mendakwa Memey sengaja ‘merampas’ Marissa daripada Abby.

Marissa Dania

Marissa Dania

Marissa Dania

Sebelum ini, heboh di media sosial mengenai perbalahan antara aktor, Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi yang ditegur untuk tidak terlalu membuka aib berkenaan pernikahan Marissa bersama Aslam.

Abby tidak berdiam diri dan membidas komen Norman tersebut mendakwa bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab terhadap isu anak mereka itu.

Terdahulu, nama Marissa menjadi buah mulut ramai selepas dikatakan telah menjadi isteri kedua kepada jejaka pilihannya, Aslam dalam satu pernikahan berlangsung di Songkhla Thailang, Disember lalu.

Dalam satu temu bual tular di media sosial, Abby mengesahkan berita perkahwinan Marissa tersebut dan berharap agar anaknya segera mendaftarkaj perkahwinannya itu di Malaysia.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kenyataan daripada Marissa dan Aslam berhubung isu tersebut.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Kantoikan Marissa Dania… Abby Kongsi Kronologi Anak Nikah Di Thailand

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kalau Rasa Perlukan Mama, Baliklah” – Marissa Dania Melarikan Diri, Abby Abadi Berserah Pada Allah

Artikel Berkaitan: Anggap Aslam Tak Mampu Berpoligami, Abby Abadi Luah Marissa Dania Berubah 360 Darjah – “Sampai Tahap Itu Dia Boleh Buat”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Jul 2025

“Semua Bride Nak Nampak Cantik, Bukan Nak Masuk Competition Baju Siapa Paling Lawa” – Elfira Loy

Elfira Loy tampil mempertahankan adiknya isu busana perkahwinan yang dikatakan sama dengan Ally Mukhriz.

Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Green Day Gegar Coachella Dengan Lirik Pedih Tentang Kanak-Kanak Palestin

Green Day tukar lirik, menyuarakan solidariti mereka terhadap Palestin

Hiburan Mon, 13 Mar 2023

Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

Hafidz Roshdi tidak mengaku salah

Trending Thu, 12 Nov 2020
Trending Tue, 2 Feb 2021

Datuk Nicol Ann David Raih Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Tahniah Datuk Nicol Ann David. Proud to be Malaysian!

Trending Fri, 2 Nov 2018

你相信你的眼睛吗?能看见超过四个黑点是超人!

我们常说耳朵听到的不一定是真实的,但是一定要相信自己的亲眼所见,你自己的眼睛不会欺骗你。但事实真的如此吗?

Featured Thu, 16 Feb 2023
error: Content is protected !!