Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 1, 2018 @ 11:45am

Kongsi Saat Bahagia, Rita Rudaini Tak Berahsia Lagi

Jangan salah faham, penerbitan buku ‘Kerana Aku Seorang Perempuan’ bukan bererti pelakon jelita Rita Rudaini tidak move on dengan kehidupan lamanya.

Buku yang dilancarkan sebentar tadi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL2018) ini menceritakan perkongsian kisah perjalanan hidup Rita sepuluh tahun lalu dan perasaannya ketika itu.

“ Jadi, menerusi buku ini, saya kongsikan dengan peminat mengenai kisah kehidupan saya daripada sebelum berkahwin, bercerai, bersalin hingga sekarang,” katanya.

Lebih menarik, antara rahsia yang dikongsi termasuk foto perkahwinannya terdahulu bersama bekas suami yang merupakan pemain bolasepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008.

“Foto itu saya tak pernah kongsikan dengan sesiapa. Mungkin ramai tahu perkahwinan kami berlangsung di Thailand namun tak tahu bahawa ia dilangsungkan dalam gudang beras,” katanya memberitahu gambar itu ditunjukkan kepada Ku Along (Tengku Khalidah) ketika masih bergelar isteri.

Menurut Rita, beliau turut kongsikan saat bahagia biarpun perkahwinan rahsia itu tidak diraikan dalam majlis serba mewah!

“Saya tak berselindung apa-apa dalam buku ini. Pembaca boleh tahu pengalaman saya dan saya harap, ia mampu menjadi penguat buat wanita-wanita di luar sana yang berdepan situasi sama seperti saya,” katanya.

Kerana Aku Seorang Perempuan mula dijual di PBAKL2018 sejak lima hari lalu dan sudah lebih 1,000 salinan sudah terjual. Untuk cetakan pertama, buku itu dicetak sebanyak 3,000 salinan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 May 2023
Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Chaleeda Gilbert Lakar Nama di Malaysia

Rocketfuel Entertainment, Chaleeda Gilbert, optimis memulakan langkah menerusi single, Mind Over Matter ciptaan penyanyi rap, SonaOne.

Featured Fri, 15 Jul 2022

“Saya Sokong 100%, Puteri Sarah Berhak Bersuara!” – ‘Kaki Sondol’ Suami Orang, Ini Pesanan Nad Zainal

Pelakon versatil, Nad Zainal memberikan pandangan peribadi terhadap rakan selebriti yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana. Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dia mengakui akan […]

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad Terbuka Tentang Poligami – “Dalam Al-Quran Lelaki Boleh Kahwin Empat”

‘Kalau isteri pertama boleh terima, kahwin.. Kalau tak boleh, cerai’ – Sharnaaz Ahmad

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] “Tu La Siapa Suruh Reject Orang” – Sengaja Salah Dalam Buat Trend, Nadia Brian Rindu TikTokers MamatGotNoChill?

Alamak, ni siapa yang rindu siapa ni? Mamat broken ke tu kena reject dengan Nadia Brian? Hihihiiii

Hiburan Sun, 15 Dec 2019
error: Content is protected !!