Kongsi Tip Di TikTok, Slurpee Crank Dedah Investment Terbaik Untuk Bahagia Adalah…

Pempengaruh Slurpee Crank sentiasa berjaya meraih perhatian dengan kata-kata positifnya yang dapat menyuntik semangat warganet.

@slurpeecrankKau tak happy dengan hidup? Tengok ni♬ original sound – slurpee_crank

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Slurpee di laman TikTok, dia menjelaskan berkenaan pelaburan yang paling berbaloi dalam kehidupan untuk meraih bahagia.

“Hang tahu tak investment apa yang paling berbaloi sekali dalam hidup ini?

“Buatkan mak hang happy, that’s the best investment that you could ever do in your entire life.” ucapnya.

Slurpee juga menegaskan kepada warganet agar menjadikan ibu sebagai keutamaan barulah orang lain dan belajar cara-cara untuk membahagiakan mereka.

“Sebelum hang rasa diri hang ni teruk, hidup hang ni macam tiada makna,

“Cuba hang fikir, sepanjang hang hidup berapa kali hang bagi makna dalam hidup mak. Jadi jangan salahkan tuhan, jangan marah tuhan tak hadirkan bahagia dalam hidup hang.

“Selagi mana hang tak belajar cara untuk hadirkan bahagia dalam hidup mak. Ingat ya lelaki mak dulu baru orang lain, kalau hang tak percaya try buatkan mak hang happy and see how it change your life.” ucapnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya bersetuju dengan kata-kata motivasi Slurpee itu dan ada juga yang menzahirkan rasa sedih kerana sudah kehilangan ibu menyebabkan tidak dapat lagi untuk membahagiakan mereka.

“Tapi mak saya dah berada di alam abadi, bagaimana ni?” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton hampir 187,000 tontonan dan menerima lebih 27,000 tanda suka.

 

Halimey Zamal