Konsert YOLO Live Sessions: 3 Generasi Rock Satukan XPDC, Spider & Noh Salleh Di Zepp Kuala Lumpur!

Peminat industri seni tanah air sudah pasti teruja apabila mendengar khabar tiga generasi pemuzik rock handalan XPDC, Spider dan Noh Salleh bakal bersatu dalam sebuah konsert di tempat breprestij Kuala Lumpur.

Bertempat di dewan konsert, Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang, konsert anjuran YOLO Malaysia ini bakal berlangsung pada 27 Ogos 2022, bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun.

“Pada malam 27 Ogos itu nanti, ketiga-tiga aksi diberikan kebebasan untuk mempersembahkan karya-karya rock mereka mengikut interpretasi tersendiri dengan durasi yang sama,” kata Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, Haniff Hamzah.

Selaku generasi yang paling muda, Noh mengakui teruja apabila diberi peluang untuk berganding bersama band-band bertaraf legendaris serta membuat persembahan di pentas ternama.

Dalam pada itu, vokalist kumpulan Spider. Tam mengakui masa 45 minit yang diberikan tidak mencukupi, namun mereka akan mengambil peluang keemasan dalam showcase ini sekadar pemanas badan sebagai persediaan sebelum membuat konsert solo.

Menurut Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, Hamka Mohd Taufik,”Noh Salleh, Spider dan XPDC bukanlah nama kecil dalam dunia rock tempatan kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan pencapaian yang membanggakan.

“Kesemua mereka adalah ‘otai’ rock dengan pendekatan yang berbeza, masing-masing ada signature mereka tersendiri seperti pengaruh alternatif, ska dan juga metal,” ujarnya.

Tiket-tiket konsert yang dijual berharga pada RM288 (Free Standing), RM318 (Category B Seating), RM328 (Rockzone). RM378 (Category A Seating: Meet and greet), dan RM6,2888 (VIP Private Box).

Aqilah Paharuzi