Kot Putih Aina Abdul Dipertikai, Netizen ‘Claim’ Serupa Jenama Mewah Antarabangsa -“Copy, But Don’t Copy & Paste!”

Sejak beberapa hari lalu, penyanyi popular Aina Abdul sekali lagi mencuri perhatian apabila kot putih yang digayakan baru-baru ini didakwa persis rekaan jenama mewah antarabangsa.

Pada acara tersebut, kot putih yang dipakai Aina difahamkan bertatahkan kristal dan ia adalah hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, segelintir netizen membincangkan mengenai busana putih yang digayakan Aina.

 

Apa yang menjadi pertikaian dalam kalangan warganet adalah kot putih tersebut disamakan dengan sebuah jenama mewah dari Itali, Balenciaga.

“Sila datang dengan idea anda sendiri, supaya ada ‘kelas’ untuk jenama anda walaupun ia hanya sebuah jenama tempatan… Macam beli kot kat pasar malam, brand China, Balenciaga.

“Copy, but don’t copy and paste.

“Ini betul iras Balenciaga,” komen beberapa netizen.

Difahamkan, Aina menggayakan busana terbabit pada majlis meet & greet yang diadakan di Singapura.

Sebelum itu, Aina menjadi artis jemputan untuk Konsert Ungu yang diadakan di The Star Theatre, Singapura pada 22 Oktober lalu.

Salma Syahbuddin