Categories: Trending

Dakwaan Abai Anak… Cliff Umar Kunci Mulut, Tak Mahu Aibkan Sesiapa

Penyanyi Cliff Umar mengunci mulut berkenaan spekulasi yang diperkatakan netizen berkaitan dakwaan bekas isteri yang mengatakan dia mengabaikan anak.

Baru-baru ini, tular dakwaan yang dibuat oleh bekas isteriya berkaitan isu nafkah anak-anak yang diabaikan setelah hubungan rumah tangga mereka berakhir.

Cliff enggan mengulas lanjut berkaitan spekulasi tersebut dan memilih untuk membiarkan sahaja perkara itu demi menjaga aib masing-masing.

“Dia seorang mak, mesti dia nak kejar something untuk anak-anak dia, tak salah,” jelas Cliff ringkas tanpa mahu mengulas dengan lebih panjang.

Cliff ditemui oleh XTRA pada sidang media Konsert Kolaboraci Indonesia-Malaysia-Singapore sebentar tadi.

Mengulas mengenai konsert terbabit, Cliff bakal berkongsi pentas dengan anak seni Indonesia dan Singapura.

“Dalam Konsert Kolaboraci ini, saya mewakili Malaysia sebagai penyanyi yang akan melakukan persembahan sebagai salah seorang rockers.

“Saya teruja untuk beraksi dalam konsert ini dan berharap ia mendapat sambutan,” katanya.

Konsert ini akan berlangsung pada 25 November 2022 di SMESCO Convention Hall, Jakarta Indonesia bermula pada jam 7 malam dan tiket bagi tontonan strim langsung boleh dibeli di laman web www.kolaboraci.online.

Halimey Zamal