“Ada Sedikit ‘Drama’ Mengenai…” – Sepakat Mahu Berpisah, Suami Sharifah Sakinah Tampil Jawab Isu Rumah Tangga

Suami kepada pelakon Sharifah Sakinah memberitahu keputusan untuk berpisah dibuat secara profesional dan harmoni oleh kedua-dua belah pihak.

Memetik laporan Harian Metro, komitmen dan tanggungjawab berat di negara masing-masing membuatkan mereka membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan.

“Sakinah mempunyai Anais (anak hasil perkahwinan pertama) dan kerjaya yang hebat di Malaysia, manakala saya memiliki dua cahaya mata dan perlu bekerja di Sweden. Jadi, agak sukar untuk kami berdua bergerak ke mana-mana.

“Keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini dibuat secara bersama selepas melalui hasil perbincangan dan dipersetujui oleh kami berdua. Kami percaya ini adalah tindakan yang terbaik ketika ini supaya kami boleh fokus dengan perkara yang penting iaitu anak-anak serta keluarga masing-masing. Apapun, kami masih kekal sebagai kawan baik dan semuanya baik-baik saja.

“Sakinah adalah wanita yang berbakat, lucu, berkarisma dan berhati mulia. Saya tidak mengharapkan apa-apa selain mendoakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dirinya,”katanya.

Menurut Micheal, dia mendedahkan terdapat sedikit ‘drama’ berlaku ketika mereka memilih untuk berpisah secara baik.

“Saya boleh sahkan mengenai apa yang Sakinah kongsikan iaitu kami  mengambil keputusan untuk bercerai. Bagaimanapun terdapat sedikit drama mengenai keputusan yang dibuat.

“Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut usaha yang lebih keras. Walaupun anda berada di negara yang sama tetapi berbeza bandar, ia masih sukar. Jadi bayangkan perbezaan waktu kami iaitu enam hingga tujuh jam dan masa perjalanan 17 jam untuk kami bertemu, maka ia sangat sukar.

“Tidak kira berapa banyak anda mencuba dan berusaha keras, kadang-kadang ia sudah tidak boleh diselamatkan,”katanya.

Terdahulu, Sakinah mengesahkan bakal bercerai dengan Michael selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Harian Metro

Maya Basir