Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 18, 2024 @ 6:56pm

Ku Percaya Jadi Taruhan Kat Roshan

Penyanyi dan pencipta lagu yang sedang mencipta nama, Kat Roshan, memperkenalkan single terbaharunya yang bertajuk Ku Percaya.

Ia merupakan sebuah pengembaraan jujur berkisah cinta tak berbalas yang diceritakan melalui sudut pandang seorang gadis yang percaya bahawa dia telah menemui cinta sejatinya, namun akhirnya pudar begitu sahaja. Lagu ini mencungkil emosi pahit-manis dari hubungan yang, meskipun indah dan lancar, akhirnya berakhir, meninggalkan rasa harapan palsu dan penyesalan.

Ku Percaya mencerminkan kebahagiaan sementara dan perpisahan yang tak direlai antara dua jiwa yang ditakdirkan bertemu namun tidak dapat bersama. Liriknya menangkap inti dari pengalaman cinta yang mendalam yang ternyata menjadi kekecewaan, namun menjadi pelajaran berharga dalam perjalanan hidup.

“Lagu ini tentang menjelajahi kesulitan cinta dan hubungan. Ia berbicara tentang pengalaman universal menghadapi cinta besar yang tidak bertahan, dan pentingnya belajar dari pengalaman ini daripada terperangkap dalam penyesalan,” kata Kat.

Video lirik untuk Ku Percaya menampilkan Kat dalam penggambaran yang mengharukan tentang seorang watak yang hilang dalam kekeliruan antara kenyataan dan ilusi setelah kehilangan cinta.

Meskipun temanya melankolia, lagu ini tetap mempertahankan tempo yang ceria, menggambarkan perjuangan watak utama untuk menghadapi kenyataan.

Bekerjasama sekali lagi dengan komposer terkemuka Chossy Pratama, yang datang dari Timor Leste untuk bergabung dalam projek ini, Kat menyingkap pengalaman berharga bekerja sama.

“Muzik Chossy Pratama selalu mempunyai makna yang dalam bagi saya. Pemahamannya terhadap visi saya sebagai seorang seniman dan keterbukaannya untuk berkolaborasi telah menjadi kunci dalam pembentukan lagu ini.

“Saya berharap ‘Ku Percaya’ dapat meresap di hati pendengar saya di Malaysia dan Indonesia. Saya ingin berhubung dengan pendengar pada tahap yang lebih dalam dan terus berkembang sebagai seorang seniman, mengeksplorasi tema-tema yang peribadi dan universal,” katanya lagi.

Ku Percaya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music pada 16 Julai 2024, lirik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Nov 2024

Fadhli Masoot Teruja Bakal Bergelar Bapa Tak Lama Lagi – “Doakan Moga Urusan Isteri & Baby Dipermudahkan”

Pelakon Fadhli Masoot teruja berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya kini sedang menunggu detik kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesia Bertunang Esok!

Mahu lebih ‘intim’ jadi hanya yang terdekat sahaja bakal berada di sana.

Featured Thu, 19 Sep 2024

Didakwa Berlagak Jadi Hero Malaysia, Caprice Dedah Wajah Individu ‘Biadap’…. Mahu Ludah Muka Isteri

Mak aih, berani betul sampai nak ludah muka isteri orang😡😡😡

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Sat, 10 Aug 2024
Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Trending Mon, 16 Apr 2018

Cheap Singaporean BMW Driver Scams Caltex Worker into Paying for his Petrol

This incident has turned into a national case. Everyone is hunting for the BMW driver!

error: Content is protected !!