Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 14, 2024 @ 9:46am

Nak Elak Sakit Hati Berlakon Di Set Penggambaran, Umie Aida Perlu Teliti Naskhah – “Saya Tak Suka Pelakon Main-Main, Don’t Waste My Time!”

Aktres berkaliber, Datin Seri Umie Aida mengaku memilih naskhah yang terbaik untuk berlakon.

Sejak dahulu lagi, dia tidak selesa untuk bekerja dengan pelakon yang tidak serius dalam menjayakan lakonan.

Umie berkata, dia lebih mengutamakan kreadibiliti dan keseriusan semasa bekerja di set penggambaran.

“Dari dahulu pun memang saya memilih naskhah. Saya tidak mahu berlakon dalam naskhah yang berat bersama-sama dengan orang yang tak serius menghasilkan lakonan.

“Ia menjadikan saya sakit hati. Saya nak buat kerja dengan ikhlas untuk mencintai watak itu dan watak pasangan saya.

“Tetapi apabila seseorang itu tak boleh sampaikan dengan baik, sebaliknya main-main..saya tak nak,” ujarnya kepada XTRA.

Justeru, sebelum menerima lamaran untuk menjayakan lakonan, Umie akan menilai dan meneliti terlebih dahulu naskhah sesebuah drama, telefilem atau filem.

“Oleh sebab itu, setiap karya atau naskhah, saya akan bertanya siapa pasangan watak saya, siapa pengarah saya.

“Jika saya percaya dengan kualiti mereka, baru saya akan pilih untuk berlakon dalam naskhah tersebut,” katanya.

Akui perlu bersikap profesional di set penggambaran, Umie menyifatkan pelakon yang tidak serius semasa bekerja sebagai seseorang yang tidak berdisiplin.

“Saya pilih kerana saya tahu saya serius, saya buat homework, saya memainkan emosi.

“Tetapi kalau awak datang main-main dan saya perlu kekalkan emosi saya, itu saya tak suka. Saya tak suka main-main, don’t waste my time.

“Sejujurnya, saya memang mempercayai kreadibiliti pelakon-pelakon veteran. Semua orang faham watak masing-masing,” katanya lagi.

Umie ditemui XTRA ketika majlis sidang media pelancaran single terbaharu Datuk Seri Alha Alfa dan Zara Zya berjudul Cinta Agung di Publika, Hartamas.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kebanjiran ramai pendatang baharu yang memeriahkan dunia seni lakonan, Umie menitipkan pesanan agar lebih bekerja keras untuk belajar agar tidak kekok di set penggambaran.

Bahkan, dia turut memberi amaran kepada pendatang baharu supaya tidak meninggi diri serta bangga dengan populariti sesungguhnya ia hanya bersifat sementara sahaja.

“Kalau tak pandai berlakon, dah jadi kelas lakonan dah dekat set. Saya tidak mengatakan pelakon baharu tak bagus tetapi pelakon baharu perlu bertanggungjawab bila dah masuk industri ni.

“Bila kurang ilmu, belajar berlakon. Orang kata, jangan bodoh sombong untuk menegur orang yang lebih berpengalaman dalam industri. Tak luak apa-apa pun.

“Jangan disebabkan pengikut dah meletup, awak dah rasa awak diva.

“Alhamdulillah saya tak berjumpa dengan orang macam tu, kalau jumpa saya akan cakap terus-terang… dunia ini sebentar sahaja, kurangkan ego tu.

“Kalau dah rasa popular, gunakan nama tu untuk kebaikan bukan untuk mematikan dalam hanyutan pujian,” jelasnya.

Untuk perkembangan terkini, drama dan telemovie lakonan Umie bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan di berjudul Terlanjur Cinta, Mok Cun dan Lelaki Melayu Terakhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2020

Naim Daniel Nafi #SembahNaim Pesongkan Akidah

Netizen pun…jangan lah cepat nak hukum orang.

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Ini Jawapan Win Aeril Zafrel Bila Wawa Minta Sofa Baru, Bagi Hint Ke Tu?

Wah, bukan main lagi jawapan Aeril buat Wawa kan?

Hiburan Fri, 27 Dec 2024

Ada Pokok Krismas Dalam Rumah, Ini Penjelasan Sasha Abdul Aziz

Sasha abdul aziz respons isu pokok krismas dalam rumah

Trending Mon, 9 Jul 2018

别再被骗!六点真相证明《小叮当》大雄根本是个超级天才!

相信不少大小朋友,小时候都曾经看过漫画或是卡通版的《小叮当》吧?每次考零分的大雄都把大家骗了,六点真相证明大雄根本是个超级天才!

Featured Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Sun, 2 Sep 2018

周兴哲「有求必应」演唱会大派粉丝福利!

「创作小王子」周兴哲《Twenty Two Plus》亚巡演终于搬到来马!演唱会上除了频频向粉丝“示爱”更是下台跟粉丝握手击掌、自拍,甚至在现场挑选粉丝上台合唱和抱抱,让山顶的粉丝看了眼红。

Kisah Viral Fri, 9 Jun 2023
Featured Thu, 11 May 2023
error: Content is protected !!