Kutipan 7UJUH Cecah RM 600,000 Lepas Lima Hari Tayangan

Selepas lima hari ditayangkan di pawagam seluruh negara, kutipan filem Tujuh mencatat angka membanggakan apabila mencecah RM 600,000.

Menurut pengarah, Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin memaklumkan dia terkejut dengan sambutan penonton setakat ini.

“ Ramai peminat berkongsi maklum balas positif selepas menonton. Saya terkejut dengan sambutan penonton ditambah pula dengan persaingan beberapa filem luar, sejak Khamis lalu.

” Dari apa yang saya lihat, ada panggung yang penuh dan separa penuh, ia satu petanda yang sangat baik walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Dalam masa sama, Mukhriz memberitahu filem Tujuh terbitan Primeworks Studio turut mendapat permintaan dari Singapura di mana peminat ingin sesi promosi dijalankan di sana juga.

Filem Tujuh yang mula ditayangkan sejak 8 November lalu dibarisi pelakon hebat tempatan antaranya Marsha Milan Londoh, Aeril Zafril, Johan As’ari, Siti Saleha, Christina Suzanne, Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

 

SGMS Faida