Kak Lina Pom Pom Akui Kini Hangat Bercinta

Amboi, kalau sebelum ini pelbagai kontroversi perlu dihadapi oleh pelakon dan pengacara yang semakin meletop, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkenaan tuntutan nafkah anaknya, Putri Sara Sefhia. Kali ini, Kak Lina kita lebih terbuka dan positif dengan berkongsi beberapa muat naik jejaka misteri yang berjaya membuka pintu hatinya.

Bila ditanya apakah faktor yang mendorong beliau membuka pintu hatinya buat jejaka misteri ini. Elly hanya menjawab, sebab utamanya adalah, kasih sayang yang cukup ikhlas yang ditunjukkan buat puteri kesayangannya, Sefhia. Malah, menurut Elly walaupun  kekasih hatinya itu lebih muda berbanding dirinya, namun beliau sangat matang dari segi pemikiran dan tingkah laku.

Sumber : Instagram @iamellymazlein

” Papa sayang Sefhia seperti anaknya sendiri. Kasih sayang itu nampak sangat ikhlas dan bukan dibuat-buat. Buat masa sekarang fokus kami adalah untuk bahagiakan Sefhia. Dan, saya terbuka hati untuk menerimanya kerana beliau tidak kisah untuk keluar ‘dating’ bertiga kerana saya akan membawa Sefhia bersama-sama. Beliau juga membuatkan Sefhia berasa disayangi. Al-maklumlah, kalau dulu dia tengok je kalau anak-anak lain bermanja dengan bapa mereka. Tapi sekarang… alhamdulillah.” Katanya
Apapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Kak Lina kita dan juga baby Sefhia okay!
Salma Syahbuddin