Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 26, 2022 @ 5:58pm

Kutuk Peguam Siti Bainun, Zarina Anjoulie ‘Sound’ Ammar Alfian! – “Kau Memang Ungrateful.. Kes Cerai & Pukul Siapa Selesaikan? Dia Juga!”

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil membidas aktor berbadan sasa, Ammar Alfian yang dikatakan lantang mengkritik salah peguam Nurul Hafidzah Hassan yang terlibat dalam kes penderaan antara pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun dan remaja sindrom down, Bella.

Menerusi beberapa ciapan, Zarina atau lebih mesra disapa Anju mendakwa peguam Hafidzah merupakan individu yang membantu Ammar untuk beberapa kes mahkamah dan kes perceraian Ammar sebelum ini.

Difahamkan, Anju berang apabila Ammar bertindak untuk turut serta mengkritik Hafidzah kerana dipercayai menyokong dan menjadi peguam kepada pihak yang salah, seperti yang didakwa orang ramai.

“Ammar Alfian, waktu kau susah siapa tolong kau? Peguam lain rosakkan kes kau, dia (Hafidzah) hanya dapat duit baki ‘sipi sipi’ sahaja.

“Ammar Alfian, kau memang tak reti bersyukur. Kau pergi bantai (pukul) orang di gimnasium, siapa tolong kau selesaikan? Hafidzah dan suami dia juga yang selesaikan.

“Ammar Alfian janganlah tak sedar diri. Waktu nak minta tolong bukan main kau pura-pura baik, gunakan dia (untuk khidmat guaman) dan sekarang, kawan aku (Hafidzah) kau kata jahat. Kau dapat tebus talak dan dapat anak kau pun pasal siapa?” dakwanya di akaun Twitter miliknya.

Bukan itu sahaja, Anju turut menegur sikap Ammar yang disifatkan seperti talam dua muka kerana hanya berbaik-baik dengan Hafidzah tatkala susah, namun bertindak sebaliknya apabila semua kes sudah selesai.

“Sekali lagi, aku nak ingatkan kau siapa tolong masa kau kena tangkap? Sedarlah diri. Dahlah tak bayar duit orang itu, lagi mahu cerita.

“Aku dari awal dah pesan kawan aku (Hafidzah), jangan ambil kes kau sebab kau ini talam sejuta muka. Tapi sebab kasihan, dia tolong juga,” dakwanya.

Tambah Anju, dia hanya bertegas kerana mempertahankan rakan baiknya, Hafidzah serta turut mengharapkan netizen bersikap terbuka untuk tidak mendengar satu pihak saja.

“Saya hanya mempertahankan BFF (kawan baik) sahaja. Saya minta maaf kacau hidup kalian hari ini. Tapi kebenaran perlu diberitahu. Semuanya (kebanyakan) yang kalian dengar hanya satu pihak sahaja.

“Saya pelik, Hafidzah tengah viral, jantan itu (Ammar) sibuk turut serta. Kenapa tak habis cerita pada netizen apa yang kau dah buat? Nak cheap fame (publisiti murahan), kau tularkan kawan aku yang dah tolong kau waktu susah,” getus Zarina.

Terdahulu, Ammar membuat satu kenyataan menerusi Instagram menyifatkan Hafidzah sebagai individu yang kemaruk publisiti dan wang ringgit kerana mewakili anak guamnya, Siti Bainun.

“Ibu saya ternyata betul tentang kalian. Kirafah itu memang akan berlaku,” coret Ammar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Nov 2019

Jangan Tekan Anak Keterlaluan Dalam Pelajaran – Permaisuri

Jangan mudah terpengaruh dengan mereka yang suka berkongsi di internet. Setiap anak ada kelebihan tersendiri

Events Fri, 12 Sep 2025
Trending Sat, 21 Mar 2020

COVID-19: Jakarta Isytihar Darurat 14 Hari

Gabenor Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta, Anies Baswedan telah mengisytiharkan darurat selama 14 hari bagi ibu negara Republik itu ekoran ancaman wabak Covid-19. Perintah darurat ini telah disampaikan sendiri oleh beliau menerusi sebuah sidang media […]

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

文慧如和林恺伦606首度来马公开演出

乐坛新人文慧如和Karencici林恺伦即将带着《好闹》来到马来西亚啦!

Featured Mon, 13 Mar 2023
Trending Sat, 22 Jun 2019

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara ini tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas.

Featured Tue, 22 Feb 2022
error: Content is protected !!