Featured By: Arfah December 28, 2021 @ 12:31pm

Lagu Cinta Kita 3: Syafeek & Zazo Juara, Luahan Hati Kali Terakhir… Jom Recap Pentas Akhir LCK3!

Pentas akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Lagu Cinta Kita berlangsung dengan meriah pada malam Ahad.

Episod terakhir ini telah menyaksikan empat pasangan yang berjaya ke pusingan akhir iaitu Hariz & Wanie, Achik & Maria, Syafeek & Zazo serta Pasya & Puteri.

Mereka telah membawakan dua buah lagu iaitu lagu cover serta single milik mereka sendiri.

Sedikit kelainan pada hos episod kali ini, Sean Lee menggantikan Kamal Adli sebagai hos bersama Ain Edruce manakala Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap bersama juri jemputan Hael Husaini.

Malah, episod ini turut menampilkan gandingan mantap persembahan jemputan iaitu Hael Husaini dan Aina Abdul, membawakan lagu bertajuk Manusia Kuat yang merupakan dedikasi buat rakyat Malaysia yang menghadapi banjir.

Jom recap persembahan peserta LCK3 di minggu kelapan:

Hariz & Wanie:

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pentas LCK3 membuka tirai dengan persembahan daripada pasangan ini menerusi lagu rancak berjudul Akan Ku Tunggu.

Persembahan mereka kali ini berjaya menambat hati juri. Namun, ada sedikit pesanan daripada juri jemputan kepada mereka apabila membawakan lagu rancak.

Mas Idayu: Wanie dan Hariz, nampak awak sangat plan pada malam final ini. Very good energy, balance, tiada siapa yang dominance. Mummy suka. Hanya ada sedikit here and there tu takpelah sebab final ini memang Mummy nak tengok persembahan awak. Mummy tak nak terlalu mencari kesilapan. Yang selebihnya enjoy awak boleh habiskan persembahan ini dengan baik.

Hael Husaini: Saya tiada banyak masalah sangat cuma bagi saya, ini untuk selepas LCK, berhati-hati, bila lagu rancak tu kadang-kadang kita carried away dengan persembahan, kadang kita tak sedar pernafasan kita. Maksud saya ini untuk akan datanglah, jaga pernafasan tu. Sebab bila ada note-note yang awak meloncat, dia agak shaky bila menyanyi so kena plan benda itu.

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Untuk pusingan yang kedua, pasangan ini membawakan lagu baru milik mereka bertajuk Seribu Gundah yang merupakan lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Fedtri Yahya.

Mas Idayu: Sebenarnya lagu ini, memang awak melengkapkan each other, awak berdua. Terima kasih sebenarnya kepada pencipta lagu ini. Kita sebenarnya ketandusan penyanyi duet di Malaysia. Semoga lagu ini akan memberi sinar dalam industri dan awak akan menjadi penyanyi duet yang baik selepas ini bila keluar. Mummy sangat suka apa yang awak sampaikan tadi.

Achik & Maria

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan yang menyanyikan lagu duet Jangan Pisahkan ini membuatkan juri tetap mempunyai pendapat yang berbeza terhadap persembahan yang mereka bawakan.

Ajai : Sebenarnya tiada masalah dalam penghayatan tapi ada masalah sedikit pada Achik. Runny notes, dia lebih sedap jadikan benda tu straight. Saya suka dengar benda tu straight. Sebab yang diubah ada masalah.

Mas Idayu: Berbeza sedikit dengan Mummy, kalau itu pendapat ayah kita, tapi sebenarnya Mummy suka dia ada sedikit elemen-elemen tradisional yang awak buat kat depan tu. Yang keduanya, kenapa tadi, Maria part yang ‘Aaaa’ lepas, tak sampai ya? Jadi awak gunakan teknik itu, tiada masalah cuma Mummy rasa tak puas sebab semua daripada awal awak gunakan chest tapi part itu awak gunakan sedikit teknik, tiada masalah.

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Bagi pusingan kedua, pasangan ini membawakan lagu mereka hasil ciptaan Acap Salim, Nadeera Zaini, Glow Rush, Nick Ariff dan Faizal Tahir bertajuk Pertahan Cinta.

Ajai: Mungkin lagu ini perlu didengari banyak kali. Untuk kefahaman, untuk sekali dengar, mungkin tidak. Sebab dia banyak frame. Of course, menggunakan kekuatan high pitch, note yang tinggi. Jadi awak nak kena ada stamina yang kuat dan betul-betul kena guna pernafasan yang tepat.

Syafeek & Zazo

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Berbaju sedondon berwarna kuning, pasangan ini menyanyikan lagu Akhirnya Kini Pasti. Namun, persembahan mereka kurang memuaskan hati para juri dengan kesilapan dari segi nyanyian mereka.

Ajai: Saya rasa Syafeek tahu jawapannya, bila last moderation tu, sebelum nak ke Zazo, kamu salah notes. Selepas itu, kamu dapat balik tune tu, bila Zazo masuk and towards the ending, ada salah sikit lagi. Zazo starting, tak alert, that A minor. I mean this is last competition, this is final, always saya akan bagi detail saya berpandukan apa yang saya dengar.

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan ini mempersembahkan lagu mereka berjudul Bagai Cahaya ciptaan komposer, Johan John dan penulis lirik, Khaleel di pusingan kedua.

Hael Husaini: Komen saya singkat sahaja. First saya nak cakap tahniah kepada anda kerana dapat sampai ke final dan tahniah dapat lagu yang saya rasa cukup romantis and bukan senang kita nak dapat peluang untuk dapat lagu-lagu yang sebegini. Saya harap selepas ini, bila anda dah start promotion apa semua, anda do justice for this song bukan sahaja untuk awak tapi untuk pembuat lagu ini juga.

Mas Idayu: Syafeek sedikit sahaja, head voice awak kena bagi energy sikit. Okay, thank you.

Pasya & Puteri

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan ini membuai penonton dan para juri menerusi lagu Kejora Ku Bersatu.

Hael Husaini: Pasya dan Puteri, congratulations ke final. Saya sebenarnya terbuai dengan persembahan awak tadi, so saya nak bagi kredit dekat arrangement juga. Terima kasih, itu saja saya nak cakap kerana memberi persembahan yang terbaik.

 

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Persembahan pusingan kedua, pasangan ini menyanyikan lagu mereka bertajuk Cinta Sejati Aku hasil ciptaan sepenuhnya oleh Puteri Cahaya.

Ajai: First sekali saya nak ucapkan tahniah kepada semua pencipta-pencipta lagu budak-budak LCK ini, sebab mereka dah tahu outfit budak-budak ini. Kalau kita dengar, semua ada kategori masing-masing. Mengikut kekuatan vokal mereka. Congrats guys. Good song.

Mas Idayu: Biasa, ini antara peserta yang melengkapi each other juga. Mummy tiada nak komen banyak kerana awak menyampaikan lagu ini dengan baik sekali, semoga di luar sana awak akan menjadi pasangan duet yang ideal.

Episod terakhir ini juga menyaksikan pasangan yang berjaya merangkul gelaran Flavettes Glamz Couple iaitu Hariz & Wanie.

Juara bagi Lagu Cinta Kita musim ketiga dimenangi oleh pasangan Syafeek & Zazo yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Pasangan Hariz & Wanie membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 di tempat yang kedua.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasangan Pasya & Puteri dengan menerima wang tunai berjumlah RM20,000

Pasangan Achik & Maria memenangi tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Jika anda terlepas peluang menyaksikan pentas akhir LCK3 ini, anda boleh saksikan episod 8 di YouTube TV3MALAYSIA Official.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Dec 2023
Trending Thu, 28 Apr 2022
Trending Thu, 30 Aug 2018
Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Anak Jutawan Tapi…

Bagus Harris…sikap begini yang harus kita contohi!

Hiburan Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Tue, 4 Jun 2019

Tak Mahu Jaja Kisah Cinta, Syafiq Kyle Ada Cara Tersendiri

Bukan semua orang nak tahu kisah peribadi kita, saya ada cara sendiri dalam hal ini.

Featured Mon, 5 Feb 2024
LIFESTYLE Thu, 25 Apr 2019

Spoil Mum & Dad This Parents’ Day with Classic Time Pieces

They’re gorgeous watches which your parents will absolutely treasure.