Hiburan By: Padin August 3, 2021 @ 8:38am

Lagu Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana.

Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik kami, kedengaran bergema di bumi Gaza, Palestin di dalam sebuah perkongsian video ketika program sembelihan korban di sana.

“Alhamdulillah, single baru kami yang diterbitkan bersama gabungan NGO MyAqsa Defenders baru sahaja dilancarkan pada Hari Raya Aidiladha yang kedua baru-baru ini dan kami terlihat satu video di mana lagu tersebut berkumandang di Gaza dalam sebuah program sembelihan korban. Kami sangat terharu dan bersyukur,” ujar Syah selaku ketua kumpulan Inteam.

Ditanya berkenaan proses penerbitan single tersebut di saat pandemik, mereka sempat menyelesaikannya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) dilaksanakan beberapa bulan lalu.

“Alhamdulillah, kami sempat merakamkan suara dan muzik video bagi projek ini sebelum PKPD diumumkan bahkan muzik video dirakam secara layar hijau bagi mengelakkan perkumpulan serentak keempat-empat anggota kumpulan Inteam. Kami cuma digabungkan berempat di dalam video dengan bantuan grafik,” kata Hazamin.

Lagu Al-Quds Lana yang diolah semula daripada sebuah lagu lama berbahasa Arab berkaitan perjuangan Palestin turut mendapat sentuhan puitis dari penulis lirik hebat Fedtri Yahya bagi bait-bait lirik bahasa Melayu.

“Sewaktu kami menghubungi Fedtri bagi menggubah lirik lagu ini, beliau tidak menolak bahkan turut gembira dapat turut sama dalam membina kesedaran dan menaikkan semangat masyarakat berkaitan isu Palestin.

“Fedtri juga merupakan di antara selebriti yang sentiasa berkongsi hantaran berkenaan maklumat terkini mengenai Palestin di media sosial beliau, bahkan beliau juga salah seorang ikon MyAqsa Defenders,” kata Rahim.

Ditanya mengenai maksud dan tujuan lagu ini dilancarkan, Inteam hanya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai isu ini.

“Lagu Al-Quds Lana bermaksud Baitul Maqdis atau Al-Aqsa milik kita semua dan kita harus mempertahankannya dari dirampas dan dicengkam musuh.

“Tujuan lagu ini dilancarkan ialah bagi menimbulkan kesedaran dan terus meniup semangat khususnya remaja dan belia berkenaan isu Palestin agar ia tidak hanya diberi perhatian secara bermusim sahaja,” kata Hisyam.

Menurut Hazamin pula, pembikinan dan produksi single Al-Quds Lana ini mendapat tajaan sepenuhnya dan sebahagian kosnya juga ditanggung oleh Inteam Digital sendiri.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MyAqsa Defenders kerana sudi bekerjasama dengan kami selaku penerbit bersama lagu ni, juga kepada penaja produksi iaitu Azlan Al-Amin Group Holdings dan semua yang terlibat secara belakang tabir mahupun peminat yang telah menonton dan menyebarkan video muzik lagu ini kepada umum,” tambahnya.

Single Al-Quds Lana telah dilancarkan di dalam sebuah majlis pelancaran secara atas talian pada 21 Julai 2021 yang lalu beserta pelancaran E-Book berjudul 100 Hujjah #AlQudsKitaPunya.

Single tersebut telah mencecah lebih 41,000 tontonan sejak dilancarkan dan kini boleh ditonton di Youtube Inteam Digital dan distrim melalui platform digital seperti Spotify, Deezer, KKbox, Itunes, Apple Music dan lain-lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Apr 2018

Tarian Alien Hijau Buat Dame Tu Cosita Tular, Caras Populariti Lagu Panama

Apa yang menariknya, selain irama yang menangkap, muzik video lagu Dame Tu Cosita turut mempamerkan aksi lucu alien berwarna hijau menari mengikut tempo.

Trending Thu, 14 Apr 2022
Trending Fri, 6 Nov 2020
Events Sat, 18 Jan 2020

甘家旗扮「财神爷」吃尽苦头!直呼从影以来献出很多第一次

甘家旗从影多年以来献出很多荧幕第一次,直呼扮「财神爷」不易且吃尽苦头!

Trending Thu, 18 Oct 2018

Hyundai BHS 7999 Dicari, Keluarga Mohon Orang Ramai Beri Kerjasama

Jika dilihat melalui video yang tular di media sosial sejak semalam, Amirah bukannya jalan sambil bermain telefon.

Trending Mon, 27 Aug 2018

Penemuan Baru: Najis Bayi Berupaya Melawan Penyakit Dan Bantu Turunkan Berat Badan

‘Koktel’ probiotik yang diperbuat daripada bakteria dalam najis bayi dikatakan boleh menambah baik kesihatan secara keseluruhan.

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Sheila Rusly Bukan Terer Drama Je…Tapi….

Boleh buat orang nangis lah!