Featured By: Nurul Hana July 2, 2023 @ 2:37pm

Lagu Khas Buat Arwah Bapa, Ajoi Zainal Tampil Dengan ‘Jaga Dia’

Penyanyi meningkat naik, Ajoi Zainal tampil dengan lagu baharunya berjudul ‘Jaga Dia’ khas buat pemergian arwah bapanya yang masih diratapi.

“Jaga Dia berkisar seorang anak yang sangat merindu arwah bapanya. Rindunya tidak pernah surut dan berharap dapat bertemu bapanya untuk menikmati momen dan memori terindah walau dalam mimpi. Lagu ini ditujukan khas untuk arwah bapa saya,” katanya.

Ajoi memberitahu setiap bait lirik yang diungkapkannya hadir dengan begitu luhur dari rasa cinta seorang anak kepada bapanya.

Malah, sewaktu merakamnya, wajah bapa tersayangnya masih berlegar dalam fikiran sepanjang masa. Dia juga sempat mengimbas kenangan paling manis sewaktu bapanya masih hidup yang takkan pernah dia lupakan.

“Disebabkan lagu ini dicipta dan ditulis oleh saya, emosi itu datang secara semula jadi. Prinsip saya dalam nyanyian, jika saya tak faham keseluruhan sesebuah lagu itu, maka saya tak akan menyanyi.

“Semestinya sewaktu rakaman, melodi dan lirik ini mengingatkan saya kepadanya setiap masa. Saya masih ingat lagi sewaktu ayah selalu menjerit nama saya setiap kali beraksi di pentas. Ayah adalah tulang belakang paling besar dalam hidup saya, katanya.

Nama Ajoi sering menjadi tumpuan ramai kerana kerap memuat naik video nyanyian ‘cover version’ pelbagai lagu baik tempatan atau antarabangsa. Sekali gus, pengikutnya bertambah terus selain bakatnya mendapat pujian.

Namun begitu, dia sangat berbesar hati sekiranya sokongan padu itu berterusan dengan pelancaran lagu ‘Jaga Dia’. Paling penting, dia berharap karya sendirinya itu mampu menyentuh hati pendengar pelbagai lapisan umur.

“Saya harap lagu pertama ciptaan saya ini diterima ikhlas di setiap peringkat umur. Semua mempunyai bapa dan pernah ada bapa. Semoga, semua dapat teruskan sokongan terhadap saya dan Insya-Allah saya akan terus tampil dengan karya lain pula selepas ini,” katanya.

‘Jaga Dia’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 27 Feb 2022

Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Patut sekarang ramai yang beralih pakai tudung bawal kan??

Featured Mon, 9 Jan 2023

Raih 1.3 Juta Penonton Dalam Sebulan, Aruma ‘Muak’ Dengan Kata-Kata Manis & Janji Palsu

Siapa yang pernah dikecewakan mesti boleh relate dengan lagu ni

Featured Fri, 1 Oct 2021
Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Ayda Jebat Bakal Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Record?

Cayalah Ayda Jebat! Kelab peminat AJ’S nanti jangan lupa penuhkan kapal terbang okay!

Featured Wed, 15 Jan 2020