Featured By: Maya Basir January 9, 2023 @ 3:50pm

Raih 1.3 Juta Penonton Dalam Sebulan, Aruma ‘Muak’ Dengan Kata-Kata Manis & Janji Palsu

Penyanyi muda dari negara Indonesia, Aruma tampil dengan single pertama berjudul Muak di bawah label Sony Music Entertainment Indonesia.

Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang sudah muak dan kecewa dengan pasangan hidupnya kerana sering menabur janji palsu adalah sentuhan daripada komposer M. Aditia Sahid dan Okto Sahid.

Selain berperanan sebagai pencipta lagu, M. Aditia Sahid turut bertanggungjawab selaku prosedur dan terlibat dalam bunyian gitar, piano, string dan perkusi manakala untuk proses ‘mixed & mastered’ pula dilakukakn oleh Ari “Aru” Renaldi.

Menurut Aruma, penceritaan lagu Muak adalah daripada kisah cinta yang benar-benar terjadi yang bermula dengan janji manis namun berakhir dengan penipuan.

“Penceritaan lagu ini adalah berdasarkan kisah cinta yang benar-benar terjadi, pada peringkat awal penuh semangat dan kemanisan, tapi lama-kelamaan sudah muak kerana sering diberi janji-janji palsu.

“Akhirnya, apabila sudah penat, kita akan berkata ‘cukup’ kerana sudah tidak mahu tertipu lagi dengan kata-kata manis,” kata Aruma.

Gadis kelahiran Bandung ini juga merupakan mahasiswi jurusan rekaan produk di Institut Teknologi Bandung (ITB) dan tidak kekok dengan muzik kerana mempunyai bakat bermain piano dan gitar.

Kerana sering menyanyikan pelbagai lagu di Instagram, bakat Aruma kemudiannya dijumpai oleh pihak Sony Music Indonesia.

“Ketika itu, Keke Kananta menghubungi saya menerusi Instagram. Dia menawarkan saya untuk menyertai Sony Music dan melancarkan single pertama.

“Saya sangat terkejut kerana ia merupakan satu peluang yang tak diduga. Kami kemudiannya berjumpa dan berbincang tentang perancangan yang akan dilakukan.

“Semestinya, saya harus mendapatkan restu daripada ibu bapa memandangkan saya masih belajar di universiti. Saya sangat bersyukur kerana keluarga saya setuju dan memberi sokongan padu untuk berkecimpung dalam industri muzik,” jelasnya.

Mengulas mengenai bereksperementasi di dalam berkarya, Aruma kini lebih menumpukan perhatian terhadap tiga genre kesukaannya iaitu folk, pop dan jazz.

Dengan pelancaran ‘Muak’, Aruma berharap agar single pertamanya ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pencinta muzik di Indonesia dan Malaysia.

“Saya harap lagu ini diterima dengan baik dan mesejnya dapat sampai kepada para pendengar.

“Saya juga mahu lagu ini menjadi sebahagian daripada kehidupan semua orang terutama ketika sedang berada dalam fasa muak atau ‘fed up’. Jika anda sudah penat dengan apa yang dialami, lagu ini hadir untuk menemani dan anda boleh menyanyi bersama ketika mendengarnya,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Ibu Sumber Inspirasi, Cef Sherson Buka Restoran Masakan India

Sejak kecik Sherson sudah terbiasa menikmati juadah bervariasi.

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Ariana Grande Tutup Ruangan Komen Instagram?

Difahamkan, Ariana dikatakan masih menahan kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian bekas kekasihnya itu…

Hiburan Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan. Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta […]

Trending Wed, 4 Dec 2019

#ApologizeToSeungri Trends When BIGBANG Seungri Is Found Innocent

So, is it true that the said K-pop idol is actually innocent? So, he’s been falsely accused all this while?

Featured Fri, 24 Mar 2023