Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 19, 2023 @ 4:22pm

Lagu Raya Buat Penyondol, Sajat Bikin Netizen Terhibur! – “Memang Setepek Kena! Nasihat Dia Memang Padu”

Usahawan sensasi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil menyanyikan semula lagu hari raya berjudul Indah Di Hari Raya nyanyian asal penyanyi popular, Ziana Zain.

Bagaimanapun, lirik asal lagu tersebut telah diolah semula oleh Sajat yang kelihatannya memerli golongan penyondol.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Sajat memakai pakaian berwarna hitam sambil menyanyikan lagu hari raya dan berpesan bahawa, ramai wanita yang kebanyakannya memakai tudung dan menutup aurat merupakan penyondol, malah seringkali berniat jahat jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bertudung dan seksi.

“Lagu raya buat penyondol,”tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi Sajat, bahkan ada yang bersetuju dengan nasihat yang diberikan olehnya.

“Betul lah tu lirik lagu raya Sajat, Memang betul pun… hakikatnya memang begitu.

“Sajat ni kelakar, dia punya advise tu tip top wey! Kadang-kadang samapai menusuk kalbu.

“Yes, all of them wearing hijab, memang setepek kena!

“Betul, apa yang sajat kata. Terbaiklah Sajat.

“Walaupun liriknya berterabur, tapi lagu dia boleh box office,  boleh buat album.

“Kalini kami ramai-ramai sokong Sajat!

“Setuju apa Sajat kata, kami ramai-ramai sokong Sajat. Ni lagu raya penyondol yang lawak. Lirik lagu pun on the spot,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan lebih 100,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sat, 11 May 2024
Acara Mon, 12 Sep 2022

Syukur Kerja Keras Berbaloi, Syamel & Ernie Zakri Dominasi AIM23

So happy for Ernie & Syamel! Teruskan berkarya .

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

12 Jam Untuk Anak-Anak, Ziana Zain Seronok!

Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Alhamdulillah…Tahniah Amar & isteri!

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

Senyap-Senyap Nikah! Bekas Anggota Elite, Hana Adnan Kini Sah Isteri Orang

Pelakon Azah Aziz memuat naik momen istimewa ketika menghadiri majlis resepsi Hana Adnan

Hiburan Sat, 5 Apr 2025

Trend Joget Dapat Duit Raya Didakwa Tanda Salib? Lana Nodin Tampil Bersuara

Lana Nodin bidas trend joget dapat duit raya didakwa tanda salib

Automobile Tue, 2 Apr 2019

Drive a SOCAR Today Even if You’re Only 19-Years-Old

The minimum membership age has been lowered to 19-years-old and that means you’re off to a life full of freedom!

error: Content is protected !!