Hiburan By: Salma Syahbuddin November 5, 2018 @ 2:46pm

Lagu Terbaharu Zulin Aziz Kini No 1 Trending!

Siapa sangka, walaupun perkahwinan yang diidam-idamkan oleh pelakon, pengacara dan penyampai radio ini tidak kesampaian namun, Zulin Aziz tetap mengadakan majlis perkahwinan beliau tanpa pasangannya. Ya! Barang-barang termasuklah, pelamin, hantaran dan baju yang terdapat dalam muzik video beliau adalah persiapan yang telah disediakan menjelang hari bahagia pelakon ini. 

Bagi Zulin, 28, beliau mahu mengabadikan segala-galanya sebagai satu kenangan.

” Aku bahagia pakai baju kahwin tanpa menjadi isteri kepada lelaki yang salah. Dan, lagi bersyukur duduk atas pelamin seorang…” Katanya.

Namun begitu, ada segelintir netizen menyifatkan tindakan Zulin ini adalah untuk mencari publisiti, tetapi siapa sangka, muzik video yang dilancarkan baru-baru ini sudah menjadi trending nombor satu di laman Youtube.

 

 
Dan, rata-rata peminat serta rakan artis mengucapkan tahniah terhadap beliau kerana muzik video yang dilancarkan pada 2 November 2018 ini telahpun ditonton sebanyak 864, 511 k dan 45k tanda suka.
 
Malah, terdapat segelintir peminat Zulin berasa sedih dengan peristiwa yang berlaku ke atas diri beliau.
Apapun, tahniah buat Zulin Aziz kerana muzik video Dan Ketika Itu semakin mendapat tempat dihati pendengar dan peminat Zulin. Semoga Zulin sentiasa tabah dan kami turut mendoakan Zulin bertemu jodoh yang sesuai. 
 
You go Girl!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Sep 2021

Orang Ramai Boleh Melancong Ke Langkawi Mulai 16 September

Para pengunjung yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut  Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mulai 16 September, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara […]

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Selepas Goo Hara, Sulli… Cha In Ha Ditemui Mati

Mendiang juga pernah berlakon dalam drama antaranya Temperature Of Love, Wok Of Love, Clean With Passion For Now dan The Banker.

Featured Tue, 16 Aug 2022

[VIDEO] “Takut Terkena Demam Panas” – Bella Astillah Guna Trend Audio Pontianak, Dibanjiri Nasihat Netizen

Bella Astillah dinasihati netizen untuk tidak perlakukan anaknya sebegitu.

Featured Thu, 5 Jan 2023

Lucu! Slang Maryam Younarae Luah Perasaan Buat Netizen Terhibur – “Balik Malaysia Rasanya…”

Pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae pulang ke Korea bersama dengan anak perempuan mereka, Rina sekitar bulan lalu. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Maryam di TikTok yang memaparkan dirinya sedang […]

Events Thu, 3 Nov 2022

Tampil Dengan Kelainan, Konsert 4 Dekad Slank Ubat Rindu Peminat Malaysia

Kumpulan rock Indonesia, Slank akan menemui peminatnya di Konsert 4 Dekad Slank di Kuala Lumpur pada 19 November 2022. Bakal mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur, Slank akan tampil dengan beberapa kelainan yang pasti akan […]