Hiburan By: Izzi Farhana June 22, 2023 @ 7:02pm

Lakar Sejarah Konsert Perdana Di Dewan Filharmonik, Kugiran Masdo Tampilkan Sisi Lain Dengan Bawakan Muzik Akustik

Sempena Keraian ke 25 tahun penubuhan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik 60an dari Kugiran Masdo.

Konsert tersebut bakal berlangsung pada 22 Julai 2023 pada jam 8.30 malam dan dijangka akan berjalan selama 1 jam 30 minit.

Konsert itu juga merupakan langkah berterusan DFP dalam menghargai bakat-bakat seni dan memberikan mereka platform sejajar dengan matlamat DFP untuk menghidangkan muzik pelbagai genre untuk menarik semua lapisan masyarakat.

DFP juga boleh memuatkan seramai 920 penonton pada satu masa dan terkenal sebagai dewan konsert yang mempunyai tahap akustika yang tinggi.

Menurut vokalis kumpulan tersebut, Ali Sariah, mereka sangat teruja kerana ini merupakan pengalaman mereka yang pertama beraksi di sebuah pentas yang luar biasa.

“Kami ini seperti terpilih untuk beraksi di sini (DFP) dan cukup teruja serta tak sabar untuk tunjukkan Kugiran Masdo di sisi yang lain kerana apa yang akan kami persembahkan pada konsert tersebut bertemakan akustik,” jelas Ali.

Berbeza dengan konsert sebelum ini, mereka bakal membawakan kelainan dan merupakan pertama kali buat mereka untuk mempersembahkan kesemua lagu mengikut susunan muzik akustik.

Mereka juga bakal membawakan 15 orang pemain muzik di atas pentas untuk bersama-sama menjayakan konsert pada hari terbabit.

Terdahulu, Kugiran Masdo telah berjaya melbarkan sayap mereka di negara jiran, Singapura melalui konsert di The Esplanade dan The Star Theatre serta di Indonesia melalui siri konsert jelajah ke Bandung, Bekasi dan Jakarta, serta persembahan di Wonogiri Festival.

Peminat sudah boleh mendapatkan tiket menerusi laman sesawang https://tickets.mpo.com.my/ sekarang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 2 Apr 2022

Terpanggil Menjayakan Misi Kemanusiaan Di Lubnan, Anuar Zain Persiap Mental & Emosi

Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan 🤍❤️

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Events Wed, 5 Oct 2022
Featured Tue, 14 Feb 2023

Bekas Isteri Dedah Insiden Dimarahi, Dicederakan Radhi OAG – “Tak Perlu Nak Selfie Peluk Sebab Dah Bercerai…”

Sampai macam tu segala.. Semoga semua perkara dapat diselesaikan dengan segera

Hiburan Mon, 7 May 2018

Dipuji Netizen, Betulkah Intan Liana Makin Cantik?

Beliau mengakui mendapat pelbagai jenis tawaran termasuklah tawaran peragaan dan menjadi model untuk beberapa jenis produk kecantikan

Hiburan Tue, 15 May 2018

Bukan Demand, Cuma Jarang Diberikan Publisiti – Syarifah Amani

Amani juga berharap lebih ramai lagi pelapis muda tampil berkarya dan diberikan lebih banyak peluang untuk menghasilkan karya dan idea yang matang  secara terbuka

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Alahai…Awat La Buat Lagu Tu Ara Johari?

Seorang netizen melaporkan kepada pihak panggung wayang di Malaysia kerana penyanyi itu memuatnaik video pendek dalam wayang yang dipercayai filem terbaru Marvel, Avengers: Infinity War.