“Laki Kalau Pukul Perempuan, Dayus!” – Usop Nafi Pukul Tunang Hingga Mata Lebam

Penyanyi Usop tampil membuat kenyataan berhubung dakwaan memukul tunangnya, Nur Fatihah Md Hashim sehingga bahagian bawah mata kirinya lebam.

“Ingat saya takde akai ka ha…”

Tegas pelantun lagu Sejarah Cinta Ku ini, dia tidak tergamak untuk memukul wanita memandangkan itu adalah perbuatan dayus seorang lelaki.

@usop_97 Reply to @mamadania11 ♬ original sound – Usop

Sebelum ini, tunang kepada pemilik nama Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, pernah memuat naik hantaran menerusi akaun TikTok miliknya @teharicer memaparkan bahagian bawah matanya lebam sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa Usop memukul tunangnya.

Bagaimanapun, Fatihah tampil menjelaskan bahawa kejadian lebam itu adalah disebabkan dia terhantuk di bucu meja.

Sehingga kini, perkongsian yang dimuat naik pada Sabtu itu telahpun ditonton lebih 300,000 tontonan berserta lebih 15,000 tanda suka yang rata-ratanya terhibur dengan penjelasan Usop mengenai isu terbabit.

Salma Syahbuddin