Lakonan Fattah Amin Makin Mantap, Fazura Banyak Bagi Nasihat

Pelakon Fattah Amin menerima pujian apabila dikatakan lakonannya semakin baik berbanding sewaktu di awal kemunculan di dalam industri.

Lakonan Fattah semakin dihargai sejak kemunculannya di dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang memegang watak Awang.

Menerusi laporan mStar, suami kepada pelakon dan usahawan jelita, Fazura ingin mencipta suatu kelainan dari segi lakonannya.

“Berlakon ni umpama produk kerana kalau nak jual sesuatu produk tu. Tambahan pula banyak produk lain yang bersaing, jadi saya perlu buat sesuatu.

“Saya perlu terapkan elemen unik dan lain supaya dapat jual bakat dan karya untuk bergelar seorang pelakon hebat,” ujarnya.

Menurut Fattah atau nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 31, banyak belajar daripada pengalaman dan isterinya turut memberi nasihat untuk mengembangkan bakatnya.

“Saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini dan isteri saya merupakan penyokong kuat serta banyak bantu beri nasihat daripada segi karier, lagipun dia memang berpengalaman dalam industri ni,” kata Fattah.

Sumber: mStar

Maya Basir