Jumpa Caprice Minta Nasihat, Isteri DDNK Hempas Bantal – “Mereka Cakap Saya Perampas!”

Pasangan pengantin baharu iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan isterinya Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris yang dilihat bertemu Caprice mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian Caprice di Instagram, Ernie meluahkan perasaan kecewa apabila dia dituduh seorang perampas kerana berkahwin dengan Nazri atau lebih dikenali sebagai DDNK pada Jumaat lalu.

Menurut Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, dia buntu untuk memberi nasihat dan jalan penyelesaian buat pakar saham dan isteri berhubung kontroversi yang dilalui mereka baru-baru ini.

“Perampas? Cap jam (buntu) tak tahu macam mana nak nasihat,” tulisnya.

Wanita yang berusia 25 tahun itu bengang apabila ada segelintir pihak mempersoalkan jodohnya yang sudah ditakdirkan untuk berkahwin dengan pakar saham tersebut.

“Dorang cakap I perampas! I tak boleh terima tu semua. Kenapa nak kena persoalkan tu semua? Itu dah jodoh kan,” ujarnya sambil baling bantal ke lantai.

Di atas pemerhatian Xtra, video tersebut sudah dipadam oleh Caprice dan memuat naik video DDNK memohon netizen agar berhenti mengecam isterinya yang juga masih seorang pelajar.

“Saya tahu majlis perkahwinan saya menimbulkan kekecohan di alam maya dan saya memohon kepada warga netizen untuk memberi sedikit ruang kepada isteri saya supaya dia tidak dikecam.

“Dia masih sahaja berumur 25 tahun, seorang student dan mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku dan doakan perkahwinan kami lebih bahagia dan tenang. Terima kasih,” katanya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan berpendapat perkara ini tidak perlu dihebah-hebahkan.

Maya Basir