Lakonan Zara Zya, Niezam Zaidi & Siti Khadijah Halim Dalam ‘Segenap Takdir’ Bikin Sakit Jiwa!

Segenap Takdir terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd merupakan kisah yang diadaptasikan daripada novel Segenap Takdir karya Tina Derika. Drama percintaan dan kekeluargaan ini bersiaran sebanyak 15 episod menerusi slot Sakura terbitan

Segenap Takdir diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan penghasilan skrip oleh Rina Khan dan Sherry Khan, drama ini dibintangi oleh pelakon popular tanah air seperti Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya, Nabil Aqil, Sharifah Shahora, Azizah Mahzan, Watie Sadali, Haleeda, Aqeesh Aleeya dan Saiful Wazien.

Selepas vapa Haryani berkahwin lain, Haryani (Siti Khadijah Halim) sering memberontak dengan menyalahkan emaknya, Maimun (Sharifah Shahora) kerana membiarkan perkara itu terjadi sehingga bapanya meninggalkan mereka.

Haryani tidak sedar bahawa dia telah termakan kata-kata neneknya, Nek Yah (Azizah Mahzan) yang masih berdendam dan menganggap keputusan Maimun berkahwin dengan Hazwan itu merupakan satu kesilapan.

Sikap Haryani yang sering menyusahkan dan melampau membuatkan emaknya, Maimun menghantarnya di satu kolej Islam di Kuala Lumpur dengan niat untuk membentuk Haryani ke arah yang lebih baik.

Nek Yah telah mengubah keputusan Haryani apabila dia diberitahu tentang keberadaan seorang lelaki kaya bernama Azlan yang juga tinggal di Kuala Lumpur.

Azlan (Niezam Zaidi) dan Nadira (Zara Zya) telah bertunang dan hanya menunggu detik untuk diijabkabulkan. Namun, kemunculan Haryani dalam hidup mereka membuatkan hubungan mereka berdua porak-peranda.

Haryani berusaha menggoda dan merampas Azlan sehinggakan Azlan menggelar Haryani sebagai perempuan murahan. Hal ini turut membuatkan Nadira mula tercabar dengan kebiadaban Haryani.

Jangan lupa saksikan drama Segenap Takdir menerusi slot Sakura yang bakal bersiaran pada 24 April 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang atau strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Untuk dapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, sila layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Nurul Hana