Lama Menghilang Di Instagram, Penampilan Terkini Zizie Izette Buat Ramai Terpukau – “Beautiful! Like A Princess From Disney Movies!”

Setelah sekian lama tidak aktif di Instagram, pelakon jelita, Datin Seri Zizie Izette, 45, kembali berkongsi foto terbaharu di laman sosial terbabit.

Memuat naik gambar sempena sambutan Syawal, Zizie anggun mengenakan busana rona hijau sedondon bersama anak-anaknya untuk meraikan 1 Syawal.

Di hari kedua Aidilfitri, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2003 itu manis memperagayakan busana warna ungu lembut.

Di ruangan komen, rata-rata rakan dan pengikut Zizie teruja dengan kemunculan semula aktres berbakat ini di platform Instagram.

Peminat turut meluahkan kerinduan untuk melihat perkembangan anak-anak yang sering dikongsikan Zizie sebelum ini laman sosial terbabit.

Sekadar info, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu kembar Aadam Zac Izette, 6 dan Aaleph Zeke Izette, 6, serta Aalisa Belle Izete, 4.

Selain itu, Zizie dan suami juga mempunyai dua anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 8, dan Aaric Zayn Izete, 6.

Padin