Kembali Free Hair? Intan Sarafina Tayang Rambut Di Instagram

Penampilan penyanyi Intan Sarafina, 42, yang berkongsi foto sambutan Aidilfitri bersama keluarga di laman sosial Instagram miliknya meraih tumpuan.

Meraikan sambutan Syawal di Finland, apa yang menarik perhatian adalah penampilan terbaharu pelantun lagu Duhai Malam itu.

Mengenakan persalinan merah jambu sedondon bersama suami dan tiga orang anak lelakinya, Intan memuat naik hantaran memaparkan dia tidak lagi bertudung.

Imbas semula, penyanyi lagu Kembali ini mendedahkan dirinya sudah bertudung sekitar awal 2021.

Memetik laporan Harian Metro, Intan mengaku sudah berhijab selepas terjatuh dan mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri sehingga dimasukkan ke wad pada 17 Januari 2021.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin Dr Ahmad Zulkiflee, 47, pada Oktober 2008.

Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, 14, Megat Ifrafel Raez, 12, dan Megat Noah Raez, 9.

Padin