Featured By: Salma Syahbuddin March 23, 2023 @ 1:37pm

Lantang Bersuara Isu Rumah Tangga Anak, Patimah Ismail ‘Sound’ Syamsul Yusof -“Tahu Sakit? Tak Perlu Berdamai, Lepaskan Saja!”

Konflik yang tercetus melibatkan rumah tangga pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bagaikan tidak berkesudahan.

Ia selepas ibunya, Datin Patimah Ismail dilihat lantang bersuara mempertahankan keputusan menantunya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, untuk dilepaskan.

Terbaharu, menerusi tinjauan XTRA di ruangan komen sebuah portal hiburan sensasi, Patimah seakan-akan tidak gentar dengan kecaman netizen terhadap dirinya dek kerana sering meninggalkan komen terhadap semua kenyataan yang dibuat anaknya itu.

Sedar dengan sokongan yang diberikan oleh ibu mentuanya, Puteri Sarah dilihat memuat naik hantaran menerusi Instagram Story miliknya bersetuju dengan kata-kata yang disuarakan oleh Patimah.

“Agree with you mama. Tak payah cakap banyak spin sana sini, lepaskan jelah. Simpan lagi buat apa,” katanya.

 

 

Sebelum ini,  Syamsul mendedahkan dia juga turut berasa sedih namun jauh sekali berkecil hati dengan tindakan ibunya itu.

“Saya sebagai anak pun sedih. Tetapi tidak pernah sedikit pun rasa sakit hati dengan ibu, apa-apapun dia tetap ibu saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sebagai Anak Pun Sedih, Apa-Apapun Dia Tetap Ibu Saya” – Syamsul Yusof

Terdahulu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.

Antara alasan yang diberikan termasuklah, meninggalkan rumah sejak Oktober 2020, kedua masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan ruamh tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu,  Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Calon Isteri? Sabar Dulu…

Penyanyi yang bakal membuat persembahan di konsert Exists Reunion 28 September ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001, tetapi bercerai pada 2009.

Trending Sun, 11 Sep 2022
Trending Fri, 3 Jan 2020

1月4日有流星雨!每小时预测可看到约120颗流星划过

没有看过「流星雨」的朋友注意啦!本周六(1月4日)将出现预计每小时120颗流星划过天际。

Featured Thu, 16 Sep 2021

Ini Senarai 5 Lagu Patriotik Yang Membangkitkan Semangat Hari Malaysia!

Bila dengar balik lagu-lagu ni, goosebump lah min!

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Priyanka Chopra Buka Mulut Soal Zuriat

Sebelum ini, Nick Jonas pernah memberitahu dia mahukan cahaya mata. Menerusi temubual dengan The Rewind with Guy Raz, dia memasang impian bergelar bapa suatu hari nanti. 

Hiburan Sun, 28 Jul 2019

| Live TV

error: Content is protected !!