FESYEN By: SGMS Enal July 22, 2019 @ 4:14pm

Lebih Hebat…Selepas Kejayaan Naelofar, LofaBrand Pula Menyusul!

Usahawan, pengacara dan pelakon Neelofa memasarkan koleksi pengenalan merchandise premium di bawah jenama LofaBrand.

Neelofa berkata, idea untuk memasarkan merchandise yang terdiri daripada koleksi pakaian dan aksesori tersebut tercetus sejak tiga tahun lalu, dengan harapan dapat memberi semangat kepada khalayak untuk maju dalam setiap apa yang dilakukan.

“LofaBrand sangat istimewa kerana saya mahu sesiapa yang memakainya terinspirasi dengan perjalanan karier saya dalam bisnes.

“Saya juga mahukan si pemakai merasai adrenalin yang saya rasa sepanjang aktif dalam bidang perniagaan.

“Bagaimanapun, koleksi ini tiada kena mengena dengan Naelofar Hijab yang fokus terhadap pengeluaran hijab dan pakaian sopan (modest attires),” katanya.

Menurut Neelofa, jenama LofaBrand cukup istimewa memandangkan segala jenis merchandise dibikin di London, England.

“Sebenarnya, saya mengaambil masa selama tiga tahun untuk merealisasikan impian ini kerana mahu mencari pengilang dari luar negara.

“Justeru, menerusi lawatan ke London tahun lalu, saya bertemu dengan pengilang yang sesuai dengan jenama ini dan menganggap itu masa yang sesuai untuk memulakan jenama ini.

“Setiap merchandise direka dan dihantar terus dari sana. Saya sendiri tidak menyimpan stok di sini. Urusan jual beli juga dijalankan secara online,” katanya lagi.

Neelofa menambah, pernah timbul rasa sangsi untuk meletakkan namanya sebagai jenama merchandise yang diusahakannya itu.

“Saya berfikir panjang sebelum meletakkan nama Lofa sebagai jenama. Saya tertanya sendiri, adakah jenama ini akan kekal lama? Tetapi, saya paksa hati saya untuk percaya dengan diri sendiri demi melihat jenama ini berjaya,” kongsinya.

Merchandise premium yang dilancarkan ini merupakan item permulaan LofaBrand. Lofa memberitahu, akan ada lebih banyak koleksi yang akan diumumkan pada masa akan datang.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Dikatakan Lari Daripada Masalah, Fatin Afeefa Bercuti Ke Luar Negara?

Adakah dia melarikan diri daripada masalah ataupun sekadar mencari ketenangan?

Hiburan Mon, 28 May 2018

Tak Mahulah Hero Sama Saja…

Mungkin ada hikmahnya saya dan Zul tidak menang bagi kategori itu kerana saya tidak mahu dibayangi oleh seorang hero saja.

Fab Foodies! Mon, 11 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Sup Kambing Berempah

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai beberapa hari lagi, resepi ini mungkin ini boleh dijadikan pilihan untuk juadah berbuka puasa hari ini. Penggemar daging kambing, tunggu apa lagi, yuk pekena Sup Kambing Berempah petang ini.  Bahan- Bahannya; […]

Hiburan Mon, 15 May 2023
LIFESTYLE Mon, 19 Feb 2018

TANDA SI DIA BUKAN UNTUKMU…

Persiapan semua dah dilakukan…tiba-tiba, si dia beralih arah. Nak terbalik rasanya dunia mengenangkan bila semuanya dah sedia!

LIFESTYLE Wed, 15 Jan 2020

Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

Ubah Sistem Elektrik Macam Rumah ‘Iron Man’, Lelaki Ini Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara