Hiburan By: Padin May 7, 2024 @ 4:10pm

‘Leha, Leya Lawa’ Satukan Bella Astillah & Muaz Zabir

Terbaharu di Tonton, ‘Leha, Leya Lawa’ mengisahkan tentang Leha (Bella Astillah), seorang gadis yang berusia 30-an kekal teguh, berdikari dan kuat dalam meneruskan legasi bisnes arwah ibunya, butik pengantin di kampung.

Leha sentiasa menitikberatkan sudut positif dalam setiap ujian yang melandanya, namun mampukah beliau menempuh segala badai ujian ketika ingin mengembangkan bisnesnya? Berjayakah Leha membahagiakan dirinya dan keluarga?

Drama ini menggandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Bella Astillah, Didi Astillah, Muaz Zabir, Ezaidi Aziz, Hazeeq Dean, Ropie, Amyza Aznan, Fathil Dani dan Carissa Azhar.

Drama bersiri 15 episod terbitan Million Pictures Sdn Bhd yang pertama kali menggandingkan adik-beradik ini merupakan idea asal pengarah, Azhar Khalid dan Hana Hussain sebagai penerbit. Pelbagai mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini, antaranya adalah unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan.

SINOPSIS:

Leha (Bella Astillah) mempunyai seorang adik, Leya (Didi Astillah) yang merupakan seorang yang manja dan kuat merajuk. Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.

Leya sedang hangat bercinta dengan Jangkho (Ezaidi Aziz) seorang anak muda yang terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop. Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi citarasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah (Shaza Bae), bekas kekasih Jangkho.

Kehadiran John (Muaz Zabir) dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta. Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga turut mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh. Berjayakah Leha menamatkan zaman bujangnya? Apakah nasib yang bakal menimpa adik-beradik ini?

Saksikan Leha, Leya Lawa dengan memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk menikmati pengalaman penstriman premium iaitu strim secara HD di mana ia pasti memberikan keseronokan berganda kepada anda!

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan drama terbaharu Leha, Leya Lawa secara eksklusif di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Kakak Manja Minta Sister… Ya Kak Kepom Pregnant” – Elly Mazlein Kongsi Berita Kehamilan

Selebriti popular, Elly Mazlein mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31. Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi khabar gembira menerusi […]

Featured Tue, 18 Oct 2022

Beri Dua Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman ‘Berani’ Kritik Busana Aina Abdul?

Alamak, pedas jugak Azhar komen pasal busana Aina Abdul… Fuhhh 🥵🥵

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

AKHIRNYA G-DRAGON TAYANG KEKASIH

G-Dragon yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan model, pelakon dan pereka fesyen terkenal Jepun, Kiko Mizuhara dikatakan telah mengakhiri hubungan mereka pada tahun 2010

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Allahuakbar, nak bekerja pun takut dah sekarang ni macam tu je kena cabul 😭

Trending Mon, 22 Feb 2021
Featured Tue, 15 Aug 2023

“Saya Masih Tak Selesa Dipanggil YB”- Altimet ‘Janji’ Kebajikan Masyarakat Akan Terus Diperjuangkan

Apapun kita doakan moga perjuangan dan harapan Altimet tercapai👊👊👊

Trending Tue, 5 Jul 2022

“Aku Bukan Tak Nak Saman Tapi…” – Isteri Nazrief Nazri Dedah Punca Puteri Sarah Tidak Saman Ira Kaza Lebih Awal

Isteri Nazrief Nazri dedah punca mengapa Puteri Sarah tidak mahu saman Ira Kazar.

Trending Thu, 1 Apr 2021

Tahniah! Nad Zainal Selamat Timang Anak Kedua

Wah, baby mesti comel macam mommy dia!

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Batal Perkahwinan, Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Atikah Suhaime?

Lagu ‘Rahasiaku’ dilancarkan pada hari ulangtahun kelahiran Atikah ke-28 iaitu pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 (semalam).