Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 4, 2023 @ 6:50pm

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Cabul Bekas Penyampai Berita Popular

Pengurus eksekutif hotel dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan mencabul kehormatan bekas penyampai berita wanita popular yang juga merupakan rakan sekerjanya.

Tertuduh, Mohd. Faizal Hussain, 53, disyaki mencabul bekas personaliti stesen televisyen swasta, 54, dengan cara memegang tanggannya di sebuah hotel terletak di Damansara, 13 Julai lalu.

Mohd. Faizal Hussain bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan memerpuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan Majistret Zhafran Rahim Hamzah memerintahkan Faizal untuk tidak menganggu mangsa dan saksi-saksi lain sepanjang perbicaraan berlangsung.

Mahkamah menetapkan 20 November ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen.

Artikel Berkaitan: Isu Dicabul Individu Lelaki, Ara Johari Ambil Langkah Berhati-Hati

Sumber/Kredit foto: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Xiaomi Hilang Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Paling Popular Di India Kepada Samsung

Xiaomi sebelum ini menjadi peranti paling popular di India sejak enam bulan yang lalu, dan sebahagian besar dari tempoh itu mereka diekori rapat oleh Samsung di tempat kedua. Namun, perkara itu nampaknya telah berubah apabila Samsung dilaporkan […]

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Chef Wan Tempelak Netizen, Saran Contohi Menteri Termuda

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur atas sikap yang ditunjukkan Menteri muda ini berbanding kata-kata netizen yang busuk hati. Haih, netizen semua…sebelum menulis tu fikir dulu ya!

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Janjikan Kelainan, Ruffedge Gegar Singapura ESOK!

Memandangkan ada penonton dari Singapura yang datang pada konsert kami di Kuala Lumpur, ada lagu yang kami nyanyikan tempoh hari tidak akan dinyanyikan.

Featured Wed, 9 Mar 2022
Trending Sun, 24 Sep 2023
Featured Sun, 17 Oct 2021

Masjidil Haram Umumkan Tiada Penjarakan Fizikal

Sejak tercetusnya COVID-19, Masjidil Haram dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti penuh dengan jemaah menunaikan solat tanpa dibatasi penjarakan fizikal buat pertama kali. Difahamkan, kumpulan pekerja menanggalkan penanda di lantai sebagai panduan untuk orang ramai melakukan penjarakan […]